Lakaran Kasih Buat Ibu

Ibu…. Wajahmu sentiasa memancar ceria Bibirmu tersulam senyum bahagia Walau derita menyuntik sengsara Kau sabar harunginya Ibu...


Ibu….
Wajahmu sentiasa memancar ceria
Bibirmu tersulam senyum bahagia
Walau derita menyuntik sengsara
Kau sabar harunginya

Ibu…
Kau korbankan segala demi anakmu
Kau rela apa saja untuk menatap senyumku
Pengorbananmu cukup bermakna
Pengorbananmu  amat berharga

Ikhlasnya kau melimpahkan kasih
Setianya kau menyulam sayang
Teguhnya ikatan mesra
Ibarat karang di lautan sana
Budi yang kau semai
Hanya tuhan yang tahu menilai
Tulusnya budi membentuk sahsiah terpuji

Ibu…
Hanya kau ratu hatiku
Hanya kau cahaya kasihku
Terima kasih ku rangkaikan
Atas untaian cinta yang kau sembahkan
Ku iring doa sepanjang hidupmu
Moga kau bahagia meniti usia
Kerana kaulah penyuluh jalan ke syurga…

 


"SELAMAT HARI IBU BUAT RAPIAH BT OTHMAN"
dan 
ibu-ibu diluar sana ^_^


You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. semua nk sedih jee..
    bolehh tak bg yg hepi
    hahaha =p
    selamat hari ibu jugakk...
    pung pung pung bunyi bunga api..

    ReplyDelete
  2. @far8 budak baik~ semua mengingati pengorbanan ibu,,tu yg ramai touching..hehee

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu buat semua kaum ibu ;)

    ReplyDelete
  4. @ardini humaira~ selamat hari ibu jugak dan utk akak bakal ibu :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!