Friday, September 30, 2011

Malam Berinai Nabil Raja Lawak dan Nazira


hai kalian..

Malam tadi berlangsungnya majlis malam berinai untuk pasangan mempelai Nabil & Zira di rumah pengantin perempuan, Taman Sri Andalas Klang, Selangor. Mereka akan diijabkabulkan sekitar pukul 4 petang hari ini di Masjid Besi, Putrajaya


Mari lihat Pelamin,baju dan gambar-gambar sekitar Majlis Berinai mereka


cantiknya pelamin dia!!






sumber: mycutemoment.com

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira
Nabil jeling apa tu. hehe

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira
serius Zira memang cantik! baju design memang gorjes!



kredit:ohbulan

ku rasakan perkahwinan Nabil dan Zira lagi gempak dari perkahwenan Rm12juta Norman&Memey. hehe ^_^ jangan marah der


Pra Perkahwinan Nabil dan Nazira Tema Wonderland



Seperti sedia maklum konsep perkahwinan Nabil Raja Lawak berkonsepkan Tema Wonderland. Petang ni di khabarkan Nabil dan Nazira akan di ijabkabulkan di Masjid Besi Putrajaya.


Sebelum tu mari kita cuci mata dengan prewedding mereka ala-ala wonderland tu. ^_^


nabil

nabil

nabil

nabil

nabil

nabil

nabil
 so sweet kan. Nabil ni dah la pandai melawak. beruntunglah Nazira. hehe



Apa-apa pon kita doakan Nabil berjaya melafazkan akad nikah petang ini..

Thursday, September 29, 2011

Anencephaly [Bayi Tanpa Tengkorak Kepala]


Nenoneno................


opss bunyi ambulans pulak.. hehe almaklumlah hari ni misi jijah syif petang. macam-macam kes hari ni ada. jijah pon petang tadi naik ambulans ke Hospital Besar untuk transfer patient. hospital jijah sekarang takde kemudahan sangat. so kena refer sana. baby tu umur 6bulan jangkitan pada paru-paru.

tapi misi nak cerita lain sebenarnya.. korang pernah tengok tak baby yang lahir tanpa tengkorak kepala dan tak pernah terbentuk dari awal kelahirannya?? hari ni je first time jijah jumpa kes baru ni. [bagi ibu mengandung di larang tengok ye. nanti terkejut dan berkenan pulak. huhu]





Anencephaly bayi tanpa tengkorak kepala berbanding dengan normal. muka bayi pun macam katak. 




Anencephaly adalah gangguan kepala daripada kecacatan tiub neural yang berlaku apabila akhir kepala tiub neural gagal untuk menutup, biasanya antara 23 dan 26 hari kehamilan, mengakibatkan ketiadaan bahagian utama otak, tengkorak, dan scalp. Anak yang mempunyai masalah ini dilahirkan tanpa otak depan, bahagian terbesar otak terdiri daripada baki tisu otak serebrum hemispheres.sering terdedah tidak dilindungi oleh tulang atau bayi skin. Ini lebih kepada masalah genetik ini tidak dapat bertahan kelahiran. 

Anencephaly sering boleh didiagnosis sebelum kelahiran melalui pemeriksaan ultrasound. Ibu serum alpha-fetoprotein (meningkatkan tahap mencadangkan kecacatan tiub neural) dan ultrasound janin yang terperinci boleh berguna untuk menjalani ujian saringan bagi kecacatan tiub neural seperti spina bifida atau anencephaly. 

Tiada penawar atau rawatan standard bagi anencephaly dan prognosis bagi pesakit itu mati. 

Dan pada jam 8 malam tadi. baby anencephaly ni selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebelum misi jijah pergi hospital besar lebih kurang jam 5 petang jijah sempat berbual dengan baby ni dengan mengatakan jijah tinggalkan baby sekejap nak pergi. serius masa tu baby ni senyum je tunggu sampai jijah balik. then bila jijah balik je jam 8 malam tu jumpa kejap tak lama pastu dia meninggal


Image result for anencephaly
contoh

Baby boy Indian. 2011
berat 1.9kg full term.
so hari ni dia hari ke 2 kelahiran.



Korang, Macam tidak percaya bila kita lihat ada kecacatan yang seteruk ini kan? Janin ini akan terus membesar dan terus hidup di dalam kandungan, sebab ia menerima oxygen dan zat daripada uri ibunya sehingga bersalin. Selepas bersalin, tali pusatnya dipotong, dan sudah tiada lagi oxygen diterima daripada ibunya. Bayi ini akan meninggal dunia selepas bersalin sebab tidak mempunyai otak untuk mengawal pernafasannya, dan dia tidak akan bernafas sendiri.

Ada tiga punca mengapa tengkoraknya tiada, dan tidak pernah terbentuk dari awal hayatnya.

1. Tahap gula di dalam darah ibu yang tinggi (penyakit kencing manis) tidak terkawal, pada waktu permulaan kehamilan. 
2. Kekurangan zat 'folic acid', sejenis vitamin, pada waktu permulaan kehamilan.
3. Kadang-kadang masalah di alam sekitar (environmental) yang tidak dapat dikesan.
Wanita yang hamil atau yang merancang untuk hamil perlu mengambil multivitamin dengan asid folik setiap hari.


Ia adalah penting bagi wanita yang hamil untuk mendapatkan acid. Cukup folik adalah bukti yang baik bahawa asid folik dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran yang tertentu, termasuk anencephaly. 


Ambil lah folic acid supplemen setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil, dan teruskan folic acid bila hamil untuk tiga bulan yang pertama.


Ingin hamil..?? wajib la consume Folic Acid terlebih dahulu..

(Supplement Shaklee yang mengandungi Folic Acid ialah B COMPLEX & VITA-LEA)




1. B-Complex 

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. 

2. Vitalea

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


3. Vita C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. .

4. Ostematrix

Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu, ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.


5. Omega Guard

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.


Inilah supplement yang ibu kat luar sana wajib consume bila hamil.

Nak dapat rezeki anak bukan senang maka berusaha lah untuk memberikan makanan supplement terbaik untuk bayi anda dalam perut anda. Anda makan bayi anda dapat khasiat!

Insyallah, kita boleh mengelakkan anencephaly dan kecacatan janin yang lain disebabkan penyakit kencing manis. Allah menentukan, tetapi kita boleh cuba merancang dan berusaha. 



CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

CARA 1

Klik ke SET KEHAMILAN ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Whatsapp: 013-2378013
Your health & beauty consultant


Majlis Resepsi RM12juta Norman Hakim dan Memey Suhaiza



Persandingan pasangan perlakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza berlangsung penuh glamor malam tadi 28.9.2011.

Majlis tajaan Rafflesia yang dinamakan Rafflesia Pearl Wedding diadakan di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Pasangan yang pernah hangat dengan kisah sensasi sebelum bernikah itu nampak mewah dengan perhiasan dan persalinan tajaan bernilai jutaan ringgit.


Mempelai masuk ke dewan dengan Memey mengenakan gaun bertatah mutiara Rafflesia bermutu tinggi yang direka khas. Dia juga dihiasi Rafflesia White South Sea Pearls dengan batu Zamrud.

Memey juga dilengkapi dengan sepatu jenama Jimmy Choo yang juga bertatah mutiara Rafflesia. Memey beruntung kerana dapat mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof Datuk Jimmy Choo bertatah mutiara yang di anggarkan bernilai RM300,000 sepasang. Sementara Norman mengenakan kot hitam putih rekaan Lords Tailor. Kafling dan butangnya menggunakan mutiara Rafflesia. 

sepatu jenama Jimmy Choo bertatah mutiara Rafflesia RM300000. nampak je simple tapi mahal wooo~~


Pada acara memotong kek Memey mengenakan gaun Vera Wang yang dibeli dari agen di Hong Kong. Dressnya ditatah dengan mutiara Rafflesia.




Selain bunga-bungaan segar dari jenis phalaenopsis, carla lilly, eustoma, matthila, apple blossom dan cherry blossom, mahligai ini diserikan dengan pelbagai hiasan menarik seperti kaki lilin, kotak cermin kaca, rumah lampu bewarna putih, buah-buahan plastik seperti anggur dan lilin yang akan melitupi seantero ruang dewan, di mana kos keseluruhan mencecah sekitar RM330,000.

Majlis bertema New York dalam hitam dan putih itu dimeriahkan oleh barisan artis tanah air yang turut bergaya sakan.

Istimewa mengenai mahligai ini apabila tidak akan ada pelamin seperti mana majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang lain kerana konsepnya lebih memberi tumpuan kepada pasangan pengantin dan tetamu untuk beramah mesra, sama sebagaimana majlis resepsi di kota epal itu.

Miera Leyana, Julia Ziegler, Nurfathia dan Eina menjadi pengapit pengantin wanita manakala Afiq Muiz, Fizz Fairuz dan dua pelakon Indonesia Didi Riyadi dan Samuel Rizal mengiringi Norman.

Mereka mengenakan suit Lords Tailor. Tetamu dihiburkan oleh Fauziah Latiff, Azhar Osman, Farhan, Deja Moss dan koir pimpinan Khairy Leman.

Antara artis yang memeriahkan ialah Farahdhiya, Diana Rafar, Syafinaz Selamat, Didie Alias, Iqram Dinzly, Kilafairy dan ramai lagi.


p/s: ape yang korang perasan dalam resepsi ni? asal ikut macam perkahwinan dekat gereja eh. ke mata den salah tengok ni..emm Nauzubillah harap-harap tak. huhuhu


sumber: manggaonline.com,gua.com,ohbulan,beautifulnara

Wednesday, September 28, 2011

Persiapan Mahligai New York Norman Hakim dan Memey



Persiapan Mahligai New York Norman Hakim dan Memey


Fuh yoo..Sebanyak tujuh tan bunga segar berwarna putih suci yang diimport dari New Zealand, Belanda dan China bakal menghiasi Dewan Nirwana, Hotel Crowne Plaza sebagai simbahan rasa kasih dan sayang sempena persandingan bernilai RM12 juta dua sejoli, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Bunga-bungaan itu ialah dari jenis phalaenopsis, carla lilly, eustoma, matthila, apple blossom dan cherry blossom yang akan mendapat sentuhan magik daripada Nasrul Nasaruddin atau Nas dari penghias pelamin popular, Nas Great Idea.

Katanya selain bunga-bungaan segar, mahligai ini nanti akan diserikan dengan pelbagai hiasan menarik seperti kaki lilin, kotak cermin kaca, rumah lampu bewarna putih, buah-buahan plastik seperti anggur dan lilin yang akan melitupi seantero ruang dewan, di mana kos keseluruhan mencecah sekitar RM330,000.

"Ini adalah pertama kali saya merealisasikan konsep bercirikan perkahwinan glamor New York, di mana suasana di luar dewan nanti akan berubah wajah menjadi laluan serba putih manakala suasana di dalam dewan akan dihiasi dengan beberapa kanopi berlain suasana setiap satu.

"Inilah kelainan yang saya ingin terapkan dalam konsep perkahwinan Norman Hakim dan Memey kerana memang sudah kebiasannya saya hanya akan melahirkan sekali saja konsep atau identiti tertentu dalam mana-mana acara perkahwinan yang saya laksanakan sebelum ini," katanya.

Selepas majlis resepsi di rumah pengantin perempuan di Kota Tinggi, Johor hujung minggu lalu, pasangan itu sekali lagi bakal tampil dengan sebuah majlis resepsi termahal yang pernah dilaksanakan dalam sejarah perkahwinan selebriti tempatan, di mana hanya 200 tetamu diundang dan memerlukan 90 kakitangan untuk menyiapkan mahligai berkenaan dari peringkat mula sehinggalah ianya siap sepenuhnya. 

Istimewa mengenai mahligai ini menurut Nas, apabila tidak akan ada pelamin seperti mana majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang lain kerana konsepnya lebih memberi tumpuan kepada pasangan pengantin dan tetamu untuk beramah mesra, sama sebagaimana majlis resepsi di kota epal itu.

"Inilah yang ingin saya buktikan dalam rekaan saya kali ini yang mana tidak semua majlis resepsi perlu di buat secara besar-besaran dengan jumlah tetamu yang ramai. Saya percaya konsep 'itimate' seperti ini akan menjadi ikutan masyarakat kita tidak lama lagi," katanya.

kredit: murai.com


Lihat Kelemahan Diri Kita Dahulu


Kita terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah. Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu mengubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.


Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa.


Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin apa yang kita laungkan.


Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. "Kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina". betul tak?..


Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.


Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan diri sendiri.


Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.


Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain.


Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri?



Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana kita boleh mengajak orang berubah, sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti 'ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it NOW). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri


selamat beramal ke arah kebaikkan ^^,


Tuesday, September 27, 2011

Irma Hasmie Doakan Nabil Bahagia




Pelakon Irma Hasmie 29, memberitahu dia tidak akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya, Nabil Raja Lawak 28, yang bakal berlangsung pada 30 September ini.

Tindakannya itu bukanlah kerana tidak sudi melihat hari bahagia bekas kekasihnya, tetapi lebih kepada menghormati Nabil dan bakal isterinya, Nazirah.

"Saya tetap doakan yang terbaik untuk Nabil," ujar pelakon Irma Hasmie, 29 bila disentuh mengenai pernikahan Nabil yang bakal menjelang 30 September 2011.

"Tak manis rasanya, jika saya nak hadir ke majlisnya. Nampak agak pelik pula nanti bila bekas kekasih hadir dan saya tak mahu timbul perkara yang tak elok pula nanti. Lagipun inilah salah satu cara saya menghormati hari bahagia Nabil dan isteri.

"Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah," kata Irma yang sehingga kini tidak menerima apa-apa jemputan daripada Nabil.





"Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf.

"Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun," katanya.

Bila ditanya mengenai teman hidup, Irma bagaimanapun mengakui masih belum mempunyai teman istimewa, malah sedang mencari seorang calon paling sesuai untuk dijadikan bakal suami.

"Bila kita dah tahu banyak benda mengenai ilmu agama, saya sudah mula faham apa yang kita perlu dan ingini dalam hidup ini. Perkahwinan merupakan satu fitrah dan sebagai seorang manusia biasa, saya juga punya keinginan untuk berkahwin.

"Saya akui kini saya sedang mencari calon suami dan bukan kekasih hati. Usia saya pun dah semakin meningkat dan saya perlu memikirkan mengenai pasangan hidup," tambah Irma lagi.


semoga Irma Hasmie bertemu jodoh yang terbaik buatnya..
Amin~~

]

Toturial Buang Sidebar Ticker Facebook


hai kalian..




korang puas hati tak dengan Hot tiket  Facebook Tiker yang bergerak-gerak dekat Facebook Home korang tu.


ia akan memaparkan semua komentar yang tak sepatutnya berlaku di wall facebook kawan korang. maknanya hilang la privasi segala komen,post wall kat wall korang tu.


kat sini mari kita belajar untuk Buang Sidebar Ticker Facebook yang menyusahkan tu. korang pon tak payah la nak caci maki dan marah-marah dengan facebook lagi. muahaha ^^


Bagi pengguna Google Chrome 


1.Klik ke page ini--> Hide Facebook SideBar Ticker

2.Klik pada button biru tu "Add to Chrome"






3.Nanti ada keluar satu pop up dan klik "Install"





 4.Dah siap!





Bagi pengguna Mozila Firefox


1.Pergi ke page ini--->Adblock Plus

2.Klik pada button hijau "Add to Firefox"





3.Nanti ada keluar satu pop up dan klik button "Install Now"

4.Siap! Restart dulu Firefox korang eh..

5.Refresh banyak-banyak kali kalau tak jadi. sebab jijah guna chrome. kahkahkah~~



kalau nak guna Facebook Timeline yang canggih tu.. sila klik sini--->Facebook Timeline


selamat mencuba ^^



Tema Lanun Majlis Hari Jadi Anak Ashraf Sinclair







Pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu apabila tampil dengan tema seperti lanun.

Noah lahir pada 22 September 2010 diraikan di taman tema Play Park, Kemang Jakarta Indonesia dengan kehadiran beberapa tetamu undangan.

"Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana," ujar Bunga.



Sementara itu, pemilihan tema lanun sengaja dibuat untuk menjadikan majlis itu unik selain bersesuaian dengan lokasi yang dipilih.

"Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya,"



"Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia," tambahnya lagi.



comeynya anak die!




Monday, September 26, 2011

CINTA Lama Biarkan Berlalu


Pernahkah anda terasa dalam hidup sentiasa ingatkan seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu? Jika ada, itu namanya cinta.

Cinta suatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna  atau  dara, rasa cintanya tetap wujud. Jangan sangka orang yang sudah bongkok  sudah tidak memiliki cinta. Jangan sangka orang yang sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dalam cinta terus segar dan mewangi.

Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah berlalu, dia terasa begitu dekat dengan kita. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya. Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujurannya. Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin. Lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang kondusif dan eleklusif, tersendiri amat.

Kata orang, kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tetapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkan aku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia? Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’.

Tetapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernahkah anda teringatkan seseorang dan amat merinduinya. Anda mahu segera berada di sampingnya. Anda mahu dia mendengari anda? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. Tuhan menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya dan melupakannya. Tetapi  ia tetap kembali, dan kembali, dan kembali …….



Ibu Perdagang Anak Melacur



Ibu perdagang dua anak





KUALA LUMPUR: “Ibu yang mengajar saya teknik urutan batin dan menyuruh saya menjadi pelacur.” Itu pengakuan mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditemui di sebuah premis urut yang menyediakan khidmat seks.


Mahu dikenali sebagai Ziela, remaja itu berkata, dia tidak rela melakukan pekerjaan itu, tapi tiada pilihan kerana ibunya yang juga pelacur memaksanya berbuat demikian. 


“Saya tak mahu (melacur). Sebelum ini kakak menjadi pelacur kerana disuruh ibu, tapi selepas dia malas untuk terus melakukannya, saya pula dipaksa ibu menjadi pelacur sejak dua bulan lalu,” katanya.


Wanita berusia 40-an yang dikenali sebagai Kak K itu mempunyai empat anak yang semuanya tinggal di premis itu bersama beberapa warga Indonesia yang turut menjual tubuh.


Bapa anak 5 rogol gadis OKU



KUALA TERENGGANU: Seorang bapa lima anak dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas didapati bersalah merogol seorang remaja kurang upaya (OKU) di sebuah bangsal kebun limau pada 21 Ogos lalu. 


Hakim, Wan Fadhilah Nor Wan Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa yang turut mempunyai ikatan kekeluargaan dengannya.


Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan dia mempunyai anak yang ramai selain mengaku insaf atas perbuatannya.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun satu bulan di bangsal kebun limau pada jam 4 petang. 


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. 


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 




Sunday, September 25, 2011

Majlis Persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim di Kota Tinggi



Pada hari Sabtu lepas, hanya sekali lafaz tepat jam 5.11 pm, Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 sah bergelar suami kepada Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 di kediaman pengantin perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.


Norman Hakim dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000. Sekitar gambar Majlis Pernikahan mereka di SINI.


Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan telah berlangsung di rumah pihak perempuan pada hari ini Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.








Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti. Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.

Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.


sumber:
ohbulan,rentak artis


"Saya Tak Mampu Memenuhi Kehendak Semua" - Memey Suhaiza.




ikuti temubual dari Memey selepas nikah








Saya Tidak Mampu Memenuhi Kehendak Semua

itulah perkataan yang Memey katakan apabila kisah khalwatnya di hebohkan suatu ketika dulu.

ikutilah temubual eksklusif dari ohbulan!


walau bagaimana pon Memey jagalah rumahtangga baik-baik.
jangan biarkan sejarah berulang kembali.




p/s: lipstik merah giler nak naikkan seri pengantin tapi sayang lah tak nampak pon seri pengantin tu..huhuhu




Saturday, September 24, 2011

Majlis Pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza





Hanya sekali lafaz tepat jam 5.11 pm, Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 bergelar suami kepada Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 di kediaman pengantin perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, petang tadi.


Norman Hakim dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.


SONY DSC

SONY DSC




SONY DSC

SONY DSC






SONY DSC


SONY DSC

SONY DSC





amboi suke betol Memey ye. -_-

keluarga baru Norman dan Memey bersama anak Abby Abadi




Tahniah di ucapkan kepada kedua pasangan mempelai ini.



more photo will update later ^^