Monday, December 31, 2012

Suka Duka Azizah 2012


Sekejap lagi nak menjelang 2013 kan...
Pejam celik pejam celik cepat saja masa berlalu..
tanpa sedar setahun sudah berlalu.. 

untuk tahun 2012..
pelbagai dugaan/cabaran/pengalaman telah di rasai..
ada yang manis dan tak kurang juga yang pahit :)

di antara diary daku sepanjang 2012 ni adalah:

-jijah dan suami masih lagi PJJ/perkahwinan jarak jauh..
sehinggalah suami berkhidmat kembali ke Sabah pada bulan lima..

-dapat berita yang mengejutkan apabila suami kemalangan motor di Sabah.

-malang tak berbau selepas suami kemalangan, jijah di sahkan ''complete abortion'' masa kandungan 5week++

-tapi semuanya ada hikmah bila mana jijah dapat posting ke Sabah dekat dengan suami..

-Alhamdulilah bila dekat boleh berkhidmat untuk suami tersayang.. dan semakin bahagia di sini.. syukur :)


Sesungguhnya perancangan Allah itu hebat kan.. Dia yang mengaturkan semua ini...
Semoga tahun baru 2013 nanti akan berikan jijah dan suami sinar baru.. InsyaAllah :)



dan ini bererti, 2012 juga secara rasminya menutup tirai dengan selamatnya pada malam ni : )


Jadi kepada kalian semua., 

SELAMAT TAHUN BARU 2013 : )





Friday, December 28, 2012

Thursday, December 27, 2012

Balik Kampung.. Hooo Balik Kampung....


Balik kampung... hooo hooo Balik kampung...tanam jagung....
eh eh ke situ pulak.. :p

happy ni... sebab esok jijah naik flight balik semenanjung!
akhirnya sister approve jugak cuti jijah even dapat cuti 3hari jer  (sabtu,ahad,isnin)
macam tak berbaloi kan jauh....

tapi bagi jijah inilah pengorbanan.. 
dapat jumpa keluarga.. keluarga mertua.. berkumpul saudara mara datang dari johor..
sebabnya untuk meraikan majlis pertunangan adik jijah :)



ni lah satu-satunya adik jijah wei... sayang kat dia walaupon selalu gadoo...huhuhu sedih pulak bila dia tak lama lagi nak kawen... emm -_-"


tapi kepulangan jijah ni keseorangan sebab suami kerja dan akan belayar lagi..huhuhu
apa-apa pon doakan jijah selamat sampai di semenanjung yer...





Tiga Hal Dalam Hidup Yang Tidak Boleh Hilang



3 hal dalam hidup yang tak boleh hilang



1. Kehormatan
2. Kejujuran
3. Harapan






Jika kita tidak memiliki wang, dan masih memiliki kehormatan, maka bersyukurlah kerana kehormatan merupakan salah satu kekayaan yang masih berharga di mata orang lain.

Jika kita telah kehilangan kehormatan dan ingin memulihkannya, maka pergunakanlah kejujuran untuk meraih kehormatan kita kembali kerana orang-orang yang jujur adalah orang-orang yang terhormat.

Jika kita telah kehilangan kehormatan kerana ketidakjujuran kita, milikilah harapan bahawa suatu saat mereka akan mengerti alasan disebalik semuanya. Milikilah harapan bahawa kita boleh memperbaiki kehormatan meski dengan susah payah. Milikilah harapan bahawa meski banyak orang yang takkan lagi percaya kerana kita pernah melakukan hal-hal yang tidak jujur, pada waktunya nanti, mereka akan melihat sendiri upaya kita.

Teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
Kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...




Wednesday, December 26, 2012

Beras oo Beras


Kalau kat semenanjung mak kalau beli barang dapur selalu beli beras Cap Rambutan..
bila duk sabah ni cari beras cap rambutan takde pula....
dah tuu.... jijah tak tahu nak guna beras apa untuk masak.. huhuhu

makanya jijah main beli je beras ini Cap Roda
::
::
::



tapi malangnya bila masak jadi lembik.. macam makan pulut pulak.. huhuhu

sooo jijah nak tanya la orang-orang kat sabah ni..
korang guna beras apa yer untuk masak nasi??? 




Cerita Cuti Krismas Semalam


Semalam kan cuti krismas..
kebetulan jijah cuti lepas kerja malam...

bosan sangat tu yang buat entry Menghitung hari tu...hehe
then jiran sebelah pula sms tanya samaada nak keluar atau tak..(jiran jijah orang melayu ok)
bila duduk sorang-sorang ni tambah bosan pulak ajak dia hang out..
destinasi kami ialah Suria Sabah..

katanya Suria Sabah ada sale terutama kat Metrojaya...
kalau sale bukan main seronok lah..heee

sempat rembat 2pasang baju tshirt dengan less 70% kaoo...
dan lebih menarik kasut ni less 30% dari harga RM40
::
::
::



merahh kaooo kasut daku..
comel sungguh kan.. jijah suka kasut flat macam ni... selesa nak berjalan....
eeee...tak sabar nak pakai..
terasa kecomelan jijah di situ.... ok sila muntah pink :p



Tuesday, December 25, 2012

Menghitung Hari


Minggu ni banyak betul jijah menghitung hari... heee
terutamanya tak sabar nak balik semenanjung!
akhirnya dapat jugak jijah cuti even 3hari pon... ^___^


tapi...
 kapal suami delay lagi..
sepatutnya balik darat esok.. bila delay jumaat pagi baru sampai jeti Sepanggar..
moga-moga sebelum jijah naik flight balik semenanjung
dapat lah jumpa suami tercinta...
menghitung hari juga ni nak jumpa dia...
lebih seminggu kot tak jumpa dia.... huhuhuhu -_-"



rinduu kaoo aku kat dia... huhuhu


Hari ni cuti krismas...
bosan pulak.. apa aktiviti korang yer.. hehehe





Monday, December 24, 2012

Tiga Hal Dalam Hidup Yang Tidak Pernah Kembali




3 hal dalam hidup yang tak pernah kembali:

1. Waktu
2. Perkataan
3. Kesempatan





Kita tak boleh memutar kembali waktu, tapi kita boleh menciptakan kenangan dengan waktu yang masih kita punya dan memanfaatkan waktu yang ada, walaupun seketika, untuk menciptakan kenangan yang bererti..
Time is free but it’s priceless, u can’t own it but u can use it. U can’t keep it but u can spend it =)

Kita tak boleh menarik ucapan kasar yang keluar dari mulut kita atau statement yang telah membuat harga diri kita lebih penting daripada menariknya kembali dan mengucapkan maaf.

Kita tak boleh menghapus caci maki yang telah kita katakan hingga membuat orang lain marah, terluka atau menangis.
*Tapi kita boleh membuat apa yang selanjutnya keluar dari mulut kita menjadi lebih banyak pujian dibanding dengan caci maki, lebih banyak syukur dan terima kasih daripada keluhan atau komplain, dan lebih banyak nasihat positif daripada marah.

Kita tak boleh mendapatkan kembali kesempatan yang sudah kita lewatkan.
*Tapi kita boleh menciptakan peluang untuk membuat kesempatan-kesempatan lain datang dalam hidup kita dengan lebih memperhatikannya.


Sunday, December 23, 2012

BE Nuffnang Sunway Education





Baik sungguh hati encik nuffnang ni kasi jijah BE...
tapi kepelikan juga sebab start date iklan 1 Dec tapi sekarang baru dapat..






pelik bin ajaib ni...
tapi takpe lah rezeki tu walaupun dapat RM2 tu ha...
mana tahu esok lusa naik lagi earning tu.... InsyaAllah


 Alhamdulilah rezeki hujung tahun..
tambah-tambah duit nak beli peti ais mungkin... InsyaAllah  :)






Saturday, December 22, 2012

Big Apple,Secret Recipe dan Pizza Hut..Nyumm


Nasib tak susah nak cari Big Apple dengan Secret Recipe dekat Sabah ni..hehe
last makan Big Apple bulan sembilan lalu sebelum jijah keguguran lepas tu..
bila baca entry tu baru sedar betul la tekaan korang yang sebenarnya jijah mengidam/ preggy sebenarnya... huhuhuhu
apakan daya rezeki tak menyebelahi... chill ya :)




kali ni dapat makan lagi Big Apple plus Secret Recipe..
favourite tu... ^___^ nyum nyum...




then tekak nak makan Pizza hut pulak..
jijah nak..sampai merajuk dengan suami.. maka malam-malam suami carikan pizza hut..huhuhu
kat One Borneo dah tutup.. last2 pergi kat Indah Permai Sepanggar..
dia kata kang "kalau mengidam tak dapat makan macamaner".. hehe



jijah makan 4 slide dia makan 2 slide jer..dua mangkuk sup jijah telan jugak. haha 
selalu makan 2 slide dah kenyang...nafsuu apakah ini?? heeeeee :P 


jeng jeng jeng ada berita baik kah?? doakan jijah yer..
moga ada rezeki anak buat jijah dan jika ada moga sihat,selamat dan kuat di dalam sana
Aminn  :)



Friday, December 21, 2012

26th Birthday Giveaway by ShidaR



klik banner untuk join :)


26th Birthday Giveaway by ShidaR

Birthday Gurl ni akan sambut pada 5 Januari 2013 :)
Happy Birthday Shida!!

Selamat Hari Lahir..
Iringan doa ku utus...
Semoga Di Panjangkan Usia.. Di murahkan Rezeki..
Semoga Jodoh Berkekalan Hingga Akhir Hayat..

Bersyukur kepada Nya atas nikmat usia..

Selamat Hari Lahir Shida ^___^




Digi Triple D :)




Buka akaun encik nuffnang pagi ni.. 
Alhamdulilah ada BE baru muncul...
Digi Triple D 



Digi buat promo tu Jualan Internet 2x Ganda
promo 3 December- 3 February 2013
memang berbaloi-baloi.. murahhh serendah Rm38 sebulan...


so marilah klik nuffnang jijah untuk mengetahui lebih lanjut.. heee :p
 tq..





Tazkirah Jumaat Part 40





أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ

“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” 
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)”



Thursday, December 20, 2012

Tiga Hal Dalam Hidup Yang Paling Berharga



3 hal dalam hidup yang paling berharga:



1. Keluarga
2. Sahabat
3. Cinta






Kekayaan bukan soal berapa banyak wang yang anda miliki.

Kekayaan adalah apa yang masih anda miliki saat anda kehilangan semua wang anda.

Jika anda kehilangan semua wang anda, ingatlah bahawa anda masih memiliki keluarga.

Jika anda kehilangan semua keluarga anda, ingatlah bahawa anda masih memiliki sahabat.

What is the difference between blood and friend?

>>Blood enters the heart and flows out, but friend enters the heart and stay inside.<<


Jika anda kehilangan semua keluarga anda dan tak ada satu pun sahabat, maka ingatlah bahawa anda masih memiliki cinta untuk mendapatkan mereka kembali, untuk mengenang masa-masa indah bersama mereka dan untuk menciptakan persahabatan yang baru dengan kehangatan kasih yang mampu anda berikan^^


Wednesday, December 19, 2012

Tuesday, December 18, 2012

Sedia Di Korbankan!


Alahai...... Balik belayar duduk base seminggu jer...pastu belayar seminggu la balik...
begitu la navy.. kalau tak belayar memang tak sah..huhuhu

emm ini pilihan jijah.. 
maka daku harus redha dengan kerja suami...




isteri-isteri navy siap sedia nak kena tinggal...
bila tugasnya di panggil.. isteri jatuhla nombor dua..

jangan mengeluh jangan merungut..
sebab bila dah jadi sebahagiaan anggota navy...
macik navy kena ada hati yang kental! 
iaitu sedia di korbankan.... 
sesuai la dengan tagline TLDM sedia berkorban :)


esok suami belayar lagi seminggu~~



Monday, December 17, 2012

Mengapa Doktor Bedah Pakai Baju Warna Hijau?





Tahukah Anda ??

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Warna hijau juga adalah warna kegemaran Rasulullah ;)

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih.


-sharing is caring | Oh! Media-



Friday, December 14, 2012

Tazkirah Jumaat Part 39





Siapa yang PALING BANYAK BERSELAWAT kepada Nabi Muhammad saw, dialah yang PALING RAPAT dengan Baginda..kita nak berselawat pun MALAS tapi bila di padang mashyar kelak, nak juga SYAFAAT Baginda... PERBANYAKKANLAH berselawat ke atas Nabi Muhammad saw..♥♥
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد




Thursday, December 13, 2012

Petua Untuk Elakkan Rasa Bosan


hai kalian...

Rasa bosan timbul apabila kalian jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila kalian tiada apa yang dibuat, tiada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas ya, rasa bosan petanda besar kalian adalah orang yang tidak ada matlamat!


baiklah petua nak elakkan dari rasa bosan


1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi Kalian

Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika kalian tiada apa yang hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang kalian rasa seronok melakukannya. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu di sekeling yang boleh kalian lakukan.


2. Tetapkan matlamat, azam, cita-cita dan impian.

Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Tetapkan satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. Selepas itu berusahalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam. Lama-kelamaan kalian akan perasan kalian dapat mengelak rasa bosan. Sebab kalian sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita kalian.


3. Rajinkan Diri Beribadah.

Sibukkan diri kalian dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti kalian terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan kalian macam tidak mahu berhenti melakukannya.


Tips Untuk Menangani Masalah Susah Tidur


Susah nak tidur??

Petua Untuk Menangani Masalah Susah Tidur

Tukar Tabiat Kalian
  • Berhenti merokok
  • Jangan tidur pada siang hari
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
  • Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

Ubahsuai Persekitaran Tidur Kalian
  • Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
  • Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
  • Pastikan juga tilam dan katil kalian selesa

Amalan Sebelum Tidur
  • Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
  • Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
  • Tidur bila rasa mengantuk
  • Berehat sebentar sebelum masuk tidur.




Petua Untuk Memiliki Bibir Menawan


Bagaimana nak memiliki bibir yang menawan..


Boleh baca juga TIPS MENJAGA BIBIR

1. Minum lapan gelas air putih setiap hari. Amalan ini dapat membantu mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah.

2. Gunakan lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV dan pelembap.

3. Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir kamu bertambah kering.

4. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.

6. Hati-hati ketika memilih gincu. Pilihan yang tidak sesuai akan menjadikan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, jangan gunakan gincu atau lip balm yang sudah berusia lebih dari setengah tahun.

7. Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.

8. Jadikan lip balm dan lip gloss sebagai teman setiamu. Sapukan pada bibir jika ia mulai kering dan setiap kali sebelum tidur. Selain itu, kamu boleh menggunakan madu sebagai pelembap semulajadi.

9. Untuk mengelakkan bibir menjadi luka dan berdarah, jangan mengelupaskan kulit bibir yang mati dalam kering! Sebaliknya bibir hendaklah dibasahkan terlebih dahulu dan lap dengan tuala basah.

10. Gincu yang mengandungi perisa dan pewangi akan menyebabkan bibir menjadi kering, namun dengan tambahan pelembap (vitamin E) dan pelindung sinar UV dapat membantu melindungi bibir. Justeru, kamu tidak perlu khuatir dengan sebarang produk kecantikan bibir yang mempunyai pewangi dan perisa.

11. Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.

12. Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari. Jadi lindungi bibir kamu dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.

13. Untuk bibir yang seksi dan sihat, juga disarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain.

Mari amalkan...



Tips Untuk Memilih Kasut Yang Sesuai




Tips Untuk Memilih Kasut Yang Sesuai


1. Kasut mesti berpadanan dengan ukuran kaki anda.

2. Pakai kasut untuk berjalan atau kasut sukan yang lembut pada tapak bahagian dalam. Ia sepatutnya mempunyai bahagian atas yang diperbuat daripada kulit atau kanvas yang membenarkan pengaliran udara, untuk mengelakkan kaki anda berpeluh.

3. Jangan memakai kasut yang terbuka di bahagian hujung atau sandal yang mempunyai tali antara ibu jari dan jari kaki, kerana ia boleh mencederakan jari kaki anda.

4. Kasut anda hendaklah memuatkan ukuran panjang dan lebar kaki dengan ruang yang mencukupi bagi jari-jari kaki.

5. Elak daripada memakai kasut yang terlalu ketat, bertumit tinggi dan bahagian depan yang tirus kerana ia boleh meninggikan tekanan dan boleh menyebabkan kaki anda melecet.

6. Masa terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu petang apabila kaki anda berada dalam keadaan yang sedikit membesar atau bengkak. Jika kasut yang dipakai sewaktu kaki anda membengkak berasa selesa, ia pasti akan dapat memberi keselesaan pada sepanjang hari.

7. Lembutkan kasut baru secara beransur-ansur memakainya tidak lebih daripada 1 jam sehari selama beberapa hari.

8. Sentiasa memakai kasut dengan sarung kaki atau stoking untuk membantu mengelakkan kemelecetan atau kesakitan. Pilihlah sarung kaki yang lembut dan diperbuat daripada kapas atau campuran kapas dan gentian tiruan, yang akan membantu mengekalkan kekeringan kaki. Jangan memakai sarung kaki yang terlalu ketat di pergelangan kaki kerana ia boleh menyekat aliran darah ke kaki anda. Tukar sarung kaki atau stoking setiap hari.

9. Sentiasa periksa bahagian dalam kasut anda samaada terdapat benda-benda asing di dalamnya. Benda-benda asing ini boleh bergesel dengan kaki dan menyebabkan kemelecetan atau kesakitan.

selamat mencuba


Doaku...





Ya Allah Ya Tuhan ku,
kurniakanlah RahmatMu kepada kami agar kekal abadi aman damai yang berkekalan di dalam rumahtangga,sihat walafiat, di murahkan rezeki dan di lanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh dan solehah serta sentiasa mendapat rahmat daripada Mu Ya Allah
dan mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Amin Ya Rabbal Alamin ♥♥



Wednesday, December 12, 2012

Tuesday, December 11, 2012

11.12.12 Ulangtahun Perkahwinan Pertama





11.12.12 Alhamdulilah sedar tak sedar dah setahun usia perkahwinan jijah dengan suami Zulkhairi Syafiq...
adat bila bersama dan berjauhan.. bila seorang susah,seorang lagi membantu..bila di sana menangis, di sini turut menangis..
sangat seronok bila susah senang dapat dikongsikan bersama si dia yang tersayang..

"Biar masa berganti masa, biar pon musim berubah
Telah ku katakan pada mu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan.."

kepada suami tercinta,

TERIMA KASIH SUDI MENERIMA DIRI INI..

Semoga hubungan ini kekal sehingga denyutan nadi kita yang terakhir!

Daku SAYANG.. CINTA.. RINDU kamu sampai syurga!!


Happy 1st Anniversary ^____^


Doakan jijah preggy sempena 1st anniversary ni yer.. 
mudah-mudahan lahirlah cahayamata kami pada bulan 9 2013 :)
kata-kata tu satu doa.. Amin..



Monday, December 10, 2012

Petua Mengatasi Hingus Meleleh


google


Pilihan 1: Ambil satu camca minyak masak dan lumurkan di kepala biarkan sampai ia kering. Secara perlahan-lahan masalah hingus meleleh dan selsema anda akan berkurangan. Petua ini juga boleh digunakan kepada bayi atau anak-anak yang menghadapi masalah sama.

Pilihan 2: Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih. Hancurkan batang sirih tersebut sehingga ia mengeluarkan lendir. Sapukanlah lendir tersebut pada hidung anda. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat.



tak sihat...selsema pula ni..berair je hidung..huuuuuu~~


Sunday, December 9, 2012

Isu Hangat Farid Kamil




First time tengok gambar Farid Kamil dan Diana Daniele kahwin,  pelik.. boleh ke selain askar kahwin bawah pedang??  sedangkan anggota ATM dan PDRM pun susah nak buat sword bearer tu.. hanya berpangkat inspektor dan leftenan saja boleh pakai. sedangkan prebet dan konstabel tak merasa semua ni. tapi artis senang-senang jer pakai..

Lagi satu... Pegawai dan Anggota Tentera bersusah payah melalui latihan berat untuk kejar cita-cita mereka supaya digelar sebagai seorang Tentera, kini baju Istiadat dipermainkan untuk publisiti. tak patut kan....

Menurut kosmo :
Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. 
ArtikelPenuh: Kosmo

Farid Kamil perlekehkan istiadat Ketenteraan? ArtikelPenuh : Hazrey.com

Kita tunggu apa reaksi dan tindakan ATM atau PDRM terhadap Farid Kamil..atau diberikan amaran saja. Yalah, public figure kan hebat.... emm -_-



Selsema Oohh



Start jumaat lalu lagi hidung ni tersumbat..
tak selesa rasa bila hinguss meleleh jer.. wuuuu~~




batuk pon on n off... sungguh tak selesa...
tambah lagi dengan sakit tekak.. peritnya rasa... nasib la ada strepsils...huuuu

emm ni pasti gara-gara kurang rehat, kurang tidur, kurang cuti, kurang minum air, kurang sayur,kurang buah-buahan.. pendek kata semua makanan yang berkhasiat memang kurang lah.. muahaha :p

lebih-lebih lago suami pergi belayar balik... rabu ni baru balik.... need my hubby noww... wuaaaaaaaaa :(




Saturday, December 8, 2012

Friday, December 7, 2012

Thursday, December 6, 2012

Khasiat Ayat Kursi


5 Minit sahaja , Syurga menanti wahai Orang2 MUSLIM :





Khasiat Ayat Kursi :

☑ Baca pada saat keluar rumah,
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
☑ Baca saat masuk rumah,
Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
☑ Baca setelah berwudhu,
Darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
☑ Baca pada saat tidur,
Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
☑ Baca setelah solat,
Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.


Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini.
Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat..
InsyaAllah :)



Wednesday, December 5, 2012

Tuesday, December 4, 2012

Aktiviti Memasang Langsir


Hari ni jijah Off.. tiba-tiba jadi rajin nak mengemas rumah.
memandangkan langsir ni orang lama punya
dengan perasaan 'rajin' tu jijah pergi buka dan basuh.. kihkihkih :p



bila buka... tengokk kaoo lopong je rumah daku...  bahaya nampak orang depan rumah...hahaha :p


kegunaan baldi ialah untuk jijah memanjat gantung langsir tu.... pendek katakan... ngehngehngeh :p




seeee sudah siap di pasang....baru nampak kemas... haha *angkat bakul sendirik*
langsir pemberian mak... tengok langsir teringat mak... huhuhu T___T



*suami balik belayar ahad lalu.. khamis ni belayar balik... nasib lah jadi bini navy...kahkahkah*