Tips Ketika Proses Bersalin

7:13:00 PM 28 Comments A+ a-


Tips Ketika Proses Bersalin

1. Sebelum masuk ruang bersalin minta maaf pada suami, mak, ayah dan mak, ayah mertua dahulu. Minta mereka redha dan doakan semua selamat.

2. Kawal dan tenangkan minda. Set dan tetapkan untuk memikirkan perkara yang baik-baik sahaja. Kosongkan fikiran, bayangkan berada di tempat yang aman, damai, nyaman, masukkan rasa bahagia. Cuba bayangkan anak yang bakal lahir itu comel dan bakal menjadi anak yang soleh. Insyaallah bayangan-bayangan ini akan membuatkan anda tenang dan lupa tentang kesakitan.

3. Kawal dan jaga pernafasan anda. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepas menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, tahan sedikit, kemudian lepas perlahan-lahan. 

4. Ketika meneran jangan keluarkan suara atau menjerit. Itu cara meneran yg salah. Cuba tahan suara dan teran.

5. Kalau tiada contraction jangan meneran untuk mengelakkan kehabisan tenaga. 

6. Sentiasa zikir dan jangan tinggalkan Doa Nabi Yunus.


لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) 
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." 
SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. 


8hari lagi.. bila nak keluar ni nak?? huuu


Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..
ampunkan lah segala dosa dan ringankan kesakitan ini.. Amin..



All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

28 insan comel komen

Write insan comel komen
8/26/2013 8:25 AM delete

Semoga dipermudahkan ye jijah..Harap sabar bila suami g berlayar tu. Dan harap juga baby akan sabar dan tunggu papanya balik dari berlayar..Kalau boleh memang nak ada suami di sisi masa bersalin kan..

Reply
avatar
Ayu Zan
AUTHOR
8/26/2013 8:26 AM delete

Aamiinn..semoga smuanya mudah dn selamat jijah. Ayu yg debar nak tggu. Hehe

Reply
avatar
8/26/2013 9:16 AM delete

moga semua dipermudahkan dear...

Reply
avatar
aisya
AUTHOR
8/26/2013 10:28 AM delete

tengok kat sidebar ada 8 hari lagi.. sy yg dupdapdupdap.. hehe.. lg lah takleh lawan kak jijah.. mixed feelings, mesti.. kan?

Reply
avatar
8/26/2013 11:23 AM delete

yang no 4 tu saya cuba amalkan dulu tapikan kadang terkluar gak suara hehe...moga jijah dipermudahkan proses semasa bersalin yek...

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
8/26/2013 11:44 AM delete

@Nurulhuda Abdul Latip kalau boleh kak.. harap2 papanya dapat balik lepas belayar..

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
8/26/2013 11:45 AM delete

@Ayu Zan huuu akak lg menghitung hari ni..

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
8/26/2013 11:46 AM delete

@aisya haruslah dik..macam2 perasaan ni..huuu

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
8/26/2013 11:46 AM delete

@(Lizz) http://haslizalizz.com/ insyaAllah harap di permudahkan.. Amin..

Reply
avatar
8/26/2013 1:51 PM delete

semoga dipermudahkan segalanya pada akak , insyAllah amin ..

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
8/26/2013 1:51 PM delete

in shaa ALLAHsemoga dipermudahkan buat jijah nanti

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
8/26/2013 2:40 PM delete

@Cik Itah@Rama Rama Pendek dan @QasehnyaRania insyaallah Amin ya robbal alamin..

Reply
avatar
khadijah
AUTHOR
8/26/2013 6:38 PM delete

Semoga diprmudahkan semuenye ye jijah :) dah ade tande2 nak bersalin tak tu? :)

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
8/26/2013 6:55 PM delete

@khadijah belum ada tanda2 lagi.. doakan yer..

Reply
avatar
Eien Mohmad
AUTHOR
8/26/2013 9:10 PM delete

semoga dipermudahkan segalanya Uda. chaiyok chaiyok! Fara study poli Pd tau skg :)

Reply
avatar
Eien Mohmad
AUTHOR
8/26/2013 9:11 PM delete

semoga dipermudahkan segalanya Uda. chaiyok chaiyok! Fara study poli Pd tau skg :)

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
8/26/2013 9:40 PM delete

@Eien Mohmad insyaAllah :)
wah dah dekat tu.. t uda dah bersalin meh la melawat tgk baby kat sini..hee

Reply
avatar
Mimi Azirah
AUTHOR
8/27/2013 11:15 AM delete

tips yg bagus buat ibu ibu mengandung

Reply
avatar
ayut
AUTHOR
8/27/2013 12:59 PM delete

amin..moga senang ye jijah nnt bersalin..yg penting..bertenang....hihihi :p ckp je pandai ni :p

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
8/27/2013 1:43 PM delete

@ayut harap2 mampu bertenang n relaks..hee

Reply
avatar
8/28/2013 8:58 AM delete

semoga dipermudahkan nanti..amin..

Reply
avatar
IbuNoey
AUTHOR
8/31/2013 3:06 PM delete

ha..ingat tu,jgn keluarkan suara....hehe..

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
8/31/2013 3:48 PM delete

@IbuNoey insyaAllah kalau xlupa..hehe

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!