Friday, March 29, 2013

Makan Tak Kenyang-kenyang


Selepas kandungan daku mencecah 4 bulan ++.. rasa nak makan tanpa henti..
bila berhenti makan sekejap je lapar balik..
macam perut kosong padahal baru lepas makan ni... ngeee~~
jadi kena lah daku standby makanan di sekeliling daku.. makan biskut pun jadi lah :)

takpe.. anak mama nak membesar kan.. mama kena makan banyak-banyak..
nasib la berat dah naik...cuma perut je malu-malu nak tunjuk lagi.. hehe

sekarang kandungan dah 17 minggu lebih...
perut kadang-kadang rasa padat..kadang-kadang rasa sakit..
macam dah dapat rasa baby main jentik-jentik dalam tummy ni tapi slow ja.. 
harap-harap bukan angin la... hehehe



Thursday, March 28, 2013

Doa Buat Suami


Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah 
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..

Aku buta tanpa bimbingan Mu..Aku cacat tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

I love my husband..

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin..







Wednesday, March 27, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-17


17weeks= 25/3/13


Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda mungkin mencari beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehamilan seperti kaki kejang dan sebagainya. Ini adalah satu proses biasa semasa kehamilan. Anda juga mungkin merasakan sesak nafas dan sembelit dalam beberapa tempoh masa ini.

Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Bayi anda kini berukuran 5.5cm/11-12cm panjang dan beratnya mencecah 120gram. Anggaran besarnya sebesar tapak tangan. Lemak atau tisu adipos mula membentuk dalam permulaan minggu ini dan hingga ke beberapa hari berikutnya. Lemak adalah penting untuk pengeluaran haba dan metabolisme. Air dalam badan bayi kini sebanyak 89 gram. Jika bayi anda adalah bayi perempuan, tiub fallopian sedang terbentuk. 

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Jika sesetengah daripada ibu hamil masih belum merasa pergerakan bayi, anda akan merasainya tidak lama lagi. Pergerakan ini mungkin tidak dirasai setiap hari tetapi semakin hari anda akan merasa kekerapan pergerakan tersebut.

Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..

Tuesday, March 26, 2013

1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci


Ting tong.... 

comel banner di bawah ni kan.....



jadi apa kata join



hanya 20 pemenang je yang bertuah dengan hadiah- hadiah yang menarik seperti:-

1x Note Pad Book
2x Set Button Badges
10x Bookmark
5x Greeting Card
2x Watermark
2x Header



menarik kan?? 
jadi jom join sehingga 7 april @11pm


moga jijah bertuah.. weee~~





Rumah Terbalik Tamparuli


Baru-baru ni jijah ada pergi ke Rumah Terbalik Tamparuli...
kebetulan masa tu suami balik belayar jadi masa yang ada tu di luangkan bersama suami tercinta :)

untuk masuk ke sana tiket RM10 seorang...


kereta pun nak terbalik juga.. hehehe



Rumah ini di lengkapi kemudahan lengkap termasuklah ruang tamu, bilik tidur, bilik air mahupun dapur..Semua barang-barang dalam rumah ini di letakkan secara terbalik termasuk lah peti sejuk, dapur memasak, periuk nasi mahupun mesin basuh.



Jadi pada sesiapa yang ingin bercuti di Kundasang boleh lah singgah Rumah Terbalik ini yang terletak di tepi jalan sebelum menuju ke kundasang.... 





Welcome to Rumah Terbalik ^______^


Monday, March 25, 2013

Kejang Betis atau Simpul Biawak


Sejak masuk 2nd trimester ni ada masanya kaki mulai krem..
Tak kira masa baring, duduk, tengah memandu mahu pun tengah jalan pun boleh krem..
sakit hanya Tuhan yang tahu...huhuhu

Kadang-kadang bila terjaga dari tidur malam-malam sampai terjerit-jerit kesakitan..
hanya mampu selawat dan berdoa jelah..
suami takde kat sisi.. kalau lah dia ada boleh la urutkan kaki ni..
dugaan betul...huhuhu

Bila search kat google katanya otot yang biasanya menegang ialah otot betis..




Beberapa teori tentang kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara berikut :
1. Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. 
Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
2. Minum air secukupnya setiap hari
3. Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
4. Pakai seluar panjang sewaktu tidur
5. Sapu minyak panas pada betis untuk elak angin sejuk masuk
6. Lapik bantal di bawah/hujung kaki. 

Bagi cara pencegahan pula :
1. Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
2. Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
3. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.


Momies terseksa dengan masalah ini??
Jangan risau! Ostematrix kan ada!




Apa kata mereka tentang Ostematrix??




CARA MEMBUAT PEMBELIAN OSTEMATRIX


CARA 1

Klik ke OSTEMATRIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant



Sunday, March 24, 2013

WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT



Jemput join...

 WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT 


Syarat-syarat penyertaan:


1 - WAJIB follow blog PGGP & DAKU AMAT dan LIKE fanpage Facebook.  

2 - Buat entry bertajuk - WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT .

3 - Copy BANNER GA dan GAMBAR HADIAH dan paste ke dalam entry korang.


Daku Amat Menyintai Mu


hadiah menanti anda:

Daku Amat Menyintai Mu



4 - Masukkan ke-8 syarat penyertaan di dalam entry korang. 
5 - Saiz banner dan gambar hadiah MESTILAH saiz yang telah DITETAPKAN.
6 - Tag 5 rakan blogger lain (pastikan mereka tahu ditag).


jijah nak tag:


7 - Tinggalkan URL entry yang dah siap dalam ruang komen GA penganjur.
8 - Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia


join join sebelum 2 april 2013@ 12am






Saturday, March 23, 2013

Friday, March 22, 2013

Jijah Lah Pemilik Voucher KFC Snack Plate Dari www.duniashida.com


Rupanya ada kejutan lagi lepas jijah dapat button badge dan bookmarks dari blogger ini...
happy plus terharu kaooo aku ni...
korang tahu kenapa jijah happy........

sebabbb
:
:
v




sebenarnya jijah lah penerima vouncher untuk Pembaca Setia Blog Shida!!!

nah... ini yang shida war-war dalam blognya tempoh hari...

Yang satu ni shida nak simpan nak beri pada Pembaca Setia Blog Shida, kira macam shida belanja dia makan lah. Voucher ni sah laku sampai 31 December 2013 setahun dia tahan tau. Nak makan bila-bila pun tak ada masalah. Cuma pembaca setia tu masih dalam pemerhatian oleh shida. Dari segi apa shida tak nak lah huraikan cuma kalau korang pernah ada pembaca setia mesti korang tahu dari segi apa yang akan shida nilai betul tak? Shida betul-betul nak hargai "pembaca setia" blog shida.
Shida tak nak beritahu sekarang sebab shida nak buat kejutan kepada dia. So Voucher KFC ni shida dah pun Pos ke rumah pemilik sebenar voucher ni dan shida nak dia sendiri yang beritahu dia adalah penerima voucher tersebut. So kalau korang nak tahu siapa pemilik voucher ni kena tunggu lah sampai voucher ni tiba ke pemilik sebenar. Wahhhh suspen tak? shida berharap voucher ni dalam keadaan baik bila sampai ke rumah pemilik sebenar nanti. 


Ya Allah shida.....terharunya jijah...nangis sebak ni... 
Ya Allah..syukur anak dalam perut ni shida, dapat merasa auntie shida belanja KFC... 
Alhamdulilah3x..
jauhnya shida sanggup pos untuk jijah kat sini...
selamat sampai pada jijah semalam dalam keadaan baik.. syukur :)


Dan surat tu serius jijah sebak, shida masih ingat lagi saat2 kita baru-baru blogging..
kita blogpecut sama-sama, borak-borak kat shoutmix (masa tu shoutmix popular) 
kita kenal lama tapi baru sedar masing-masing tak follow blog lagi..hehe kelakar..
serius shida.. kenangan tu tetap terpahat dalam ingatan jijah ni...
dan sampai bila-bila jijah takkan pernah lupakan..


Terima kasih shida kerana sudi bagi hadiah yang sangat-sangat bernilai ni..
Terima kasih shida..^___^
InsyaAllah balik semenanjung nanti jijah akan tunaikan voucher ni..
dan kalau boleh masa tu celebrate dengan shida.. moga-moga tercapai.. InsyaAllah Amin...


Terima Kasih Shida...
Luv u so muchhh!



Thursday, March 21, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-16




Kini anda mungkin mula serius mencari pakaian hamil di pusat membeli-belah. Ketika ini juga adalah masa untuk anda membezakan pergerakan bayi ataupun angin di dalam perut anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya tentang perubahan kulit dan rambut anda yang mengalami sedikit perubahan.

Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Bayi anda sedang berenang di dalam satu kolam kecil cecair amnion (Kira-kira satu cawan bendalir yang telah terkumpul pada peringkat ini). Bendalir ini memainkan satu peranan penting dalam pembentukan bayi anda iaitu untuk system pulmonari. Cecair amnion itu membolehkan bayi anda menghirup utero memasuki paru-paru bayi. Bendalir tersebut memberi perlindungan untuk bayi sebagai antiseptic untuk menyekat pertumbuhan bacteria. Oleh itu bayi dapat dilindungi sebelum ia dilahirkan. 

Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya iaitu tali pusat yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Kakinya lebih panjang daripada tangan dan ini boleh dilihat di mesen pengimbas (ultrasound). Sesetengah wanita dapat merasakan pergerakan bayi pada ketika ini tetapi mungkin agak keliru dengan rasa angin dalam badan. Saiz bayi anda lebih kurang sebiji avocado. Panjang bayi kini mencapai 11.5cm/5 inci manakala beratnya 80gram.

Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Wednesday, March 20, 2013

Me and Baby


Kadang-kadang orang takut nak pegang baby baru lahir kan..
so far Alhamdulilah jijah dan baby dah sebati :)

mandikan baby head to toe, cuci pusat, ambil darah semuanya ok :)
mungkin jijah dalam bidang jururawat kanak-kanak kot... hehehe





InsyaAllah bila ada anak kelak nak pegang baby tu jijah takde masalah..
dari baby pramatang hingga cukup bulan..
cuma suami jijah je penakut sikit...
baby tiga bulan pon takut pegang... katanya badan lembut lagi.. 
haiyaaaaaa tiga bulan sudah besar maaa...lain la tiga hari.. hehehe




Tuesday, March 19, 2013

Jus Pomegranate/ Jus Buah Delima dari Pokka


Sekarang jijah dah ada minuman baru...
sebelum ni jijah selalu minum yogurt bliss, tropicana twister dan vitagen time pregnant ni...
jus kan baik minum bersama vitamin2.. menpercepatkan penghadaman ubat tu :)

Semalam lepas habis checkup kat klinik.. singgah kat CKS kat Jalan Sulaman tu..
sekali terpandang ehh jus buah delima lah...
cari-cari tulisan kat label botol tu Pomegranate.. takde pula tulis buah delima..
tapi rupa buah dah memang buah delima pon... hehehe





jadi tanpa ragu-ragu terus sambar satu botol..
boleh tahan harganya 1.5L= RM9.80.. hehe
rasanya masam-masam manis... :)



kat label tu dah tulis mengandungi vitamin B3,C,E serta antioxidant-anthocyanins..

Vitamin B3 membantu untuk melepaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat
Vitamin C meningkatkan penyerapan besi daripada produk bukan daging.
Vitamin E adalah antioksidan yang membantu melindungi sel-sel dalam badan
Antosianin adalah salah satu antioksidan semulajadi yang ditemui dalam buah delima

salah satu usaha jijah menaikkan hemoglobin (hb) dan vitamin-vitamin dalam badan ni.. 
moga berhasil... InsyaAllah  ^___^



p/s:
k. ina..nak cari habbatus sauda macam kak ina (intanberlian) cakap.. 
tapi mak cakap panas.. so takut pula nak makan..
untuk kandungan baru 4bulan ni..huhuhu






Monday, March 18, 2013

Checkup 4 Bulan





Tak sangka dah masuk 4 bulan mengandung..
pejam... celik... pejam... celik... dah 4 bulan kandungan daku... Alhamdulilah.. 
perkembangan bayi dalam perut ni pon bertambah pesat agaknya.. hehe
tapi perut tak berapa nak ada.. nak tunjuk pon malu.. hehe

tadi pagi checkup lagi lepas hb low baru-baru ni [entry].
di sebabkan kurang darah terpaksa appoitment dengan nurse setiap dua minggu.. kalau tak sebulan sekali.. huhuhu


hasil checkup:

berat badan: naik 44.5kg
urine: normal
hb: 10.8
tinggi rahim: 12cm
kedudukan: dah ada palpitasi


hb masih di tahap rendah lagi untuk kandungan awal-awal.. nurse dah pesan lepas dua minggu kena naikkan hb sampai 11gm ke atas... fuhhhhh mencabar ni...

harap-harap naik lah lepas ni... kesiannya kau nak dalam kandungan mama ni.... huhuhuhu


Pagi Isnin, Checkup


Selamat pagi my bestie blogger :)
mulakan hari baik ini dengan Bismillah yer..






Hari ni checkup lagi lepas hb low..[entry]
dua minggu nurse bagi tempoh naikkan hb..
makan 4 pil serangkai sudah..
makan sayur2 an sudah..
makan buah-buahan sudah..


harap-harap hb naik ke paras normal.. 
moga hari ni berjalan dengan lancar...Amin..




Sunday, March 17, 2013

Bila Profesion Jururawat Di Kutuk




Keadaan kaki bayi yang berlumuran darah yang tersebar di facebook yang kononnya berlaku akibat kecuaian kakitangan HRPZII.

Kaki bayi tidak mengalami sebarang kecederaan.

kaki bayi tak mengalami kecederaan


Ibu mangsa berkata:
“Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital,” katanya.





kenapa lah manusia ni suka menilai dengan hanya melihat gambar sahaja dan melontar kata2 kesat tanpa usul periksa....kalau tak cukup ilmu didada tak payahlah nak sibuk2 sangat kerja orang..kite ni staffnurse kerja dengan jujur...bersengkang mata terutama keje mlm.rawat patient yang mcm-macam ragam tapi tetap sabar jer...so kepada yang pandang negatif pada kami sedarlah sikit...Kepada blogger atau orang-orang luar yang mana dah terlanjur maki hamun tu, fikir-fikirlah...


Saturday, March 16, 2013

Tq Dunia Sebenar Shida


oh yeahhh!! jijah sudah dapat bookmarks limited edition dan button badge dari Dunia Sebenar Shida :)
comel sangat button badge tu...




Jauhnya shida sudi poskan untuk jijah... terharu ai nokk!!
nasib la shida pos guna surat biasa.. Alhamdulilah selamat sampai terus kat dalam peti surat jijah :)


shida memang seorang blogger dan kawan yang happy go lucking,peramah dan pemurah hatinya...
moga terus success dalam berblog dan apa juga bidang shida..
doa jijah moga shida di limpahi banyak rezeki.. Amin..

tq shida..
luv uuuuuuu~~



Cerita Kemalangan Kecil


Baru-baru ni (rabu) daku mengalami kemalangan kecil yang tak di sangka...masa tu daku nak ambil suami dekat satu tempat ni (tempat terpaksa di rahsiakan) dalam jam 10.30 malam. kawasan sana gelap gelita.. lampu kereta tutup semua kecuali lampu dalam kereta je. jalan punya jalan kedengaran bunyi kuat langgar sesuatu.. Astaga!! daku tak perasan pun ada divider dan sign board di hadapan.. daku revise dan turun, bonet kereta hadapan berasap wei...

ramai datang melihat apa yang terjadi.. dengan suasana gelap lampu torchlight suluh enjin kelihatan tangki minyak hitam kereta daku pecah!! enjin berasap..sudah pasti la kereta tak leh start kan.. atas bantuan orang ramai kereta terpaksa tolak kereta ke tempat selamat.. call suami..terus dia datang dengan kawan dia.. lepas buat kenyataan semua, kawan suami hantar kami pulang..

balik tu kat rumah, daku peluk suami terus nangis esak-esak.. memang banyak menyusahkan dia..saat-saat akhir dia nak pergi belayar daku masih menyusahkan dia..nasib lah dia tak marah.. yang paling menyentuh hati bila 

aku: maaf abang kereta rosak..maaf menyusahkan abang..
suami: kereta rosak takpe janji awak dan waris abang selamat..
aku: nangis sambil peluk erat dia :(


memandangkan kami hanya punyai satu je kereta myPE.. maka esoknya takde transport nak pergi kerja. jenuh gak la daku cari nombor telefon teksi untuk hantar daku keje pagi.. syukur lah ada..Alhamdulilah..

keesokkan harinya suami tak pergi kerja nak uruskan kereta daku yang tersadai kat tempat tu..dia lah panggil towing dan hantar repair.. 

aku: kesian abg tak pergi kerja mesti kena marah dengan pegawai..
suami: kerja abg, abg tahu nak buat macamner.. awak tu tanggungjawab abg.. apa-apa hal abg harus bertanggungjawab.
aku: banyak sangat menyusahkan abg sambil nangis teresak-esak..
suami: awak lagi penting..takde awak, hidup abg tak sempurna.. terima kasih sebab setia selama 11tahun ni..
aku: nangis lagi...:(

balik kerja (2pm) suami amik naik motor.. terpaksa la dengan perut 3bulan lebih ni naik motor.. hati-hati juga la dia bawak..mudah-mudahan anak daku selamat dan sihat..

jam 5pm dapat call dari workshop kereta dah siap baiki.. pergi sana, try test kereta, enjin berbunyi macam kereta sport.. bonet depan masih berasap.. tapi mekanik tu cakap dia berasap sebab tangki minyak hitam pecah jadi minyak terpercik kat bahagian-bahagian aksesori lain kat dalam enjin tu.. emm syukur la kereta dah ok cuma biasalah yang baru tak sama macam yang lama..terbang gak la RM600 ganti dan pasang tangki minyak hitam.. nasib la tak kena gear box... mahu lah beriban-riban tu..

dan pada jam 8 malam suami belayar :( huhuhu nasib la semuanya dah settle... kalau tak terkapai-kapai la jijah keseorangan di sini dengan kereta rosak..

Dugaan demi dugaan buat kami...tetapi,
Kami belajar menjadi insan yang REDHA dalam mengharungi UJIAN yang TIBA,
cuba menjadi BAHAGIA,
walau kadang-kadang DUKA kerana kami tahu ada cintaNYA bersama ujian yang sedang kami RASA..
tq Allah telah menjadikan kami berdua kuat menempuh ujianMu...

suami jijah sangat penyayang.. tak boleh hidup tanpa dia.. tak sia-sia hubungan kami bertahan 11tahun lamanya.. syukur ya Allah T___T


panjang cerita novel ni..buat catatan diari dalam blog ini..
harap ada yang sudi baca.. tq korang..








Thursday, March 14, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-15


Minggu ke-15


10/3/13= 15weeks


Sekarang perut anda sudah mulai membuncit dan akan kelihatan seperti ibu-ibu hamil lain. Mungkin anda juga merasa kurang selesa dengan perubahan tersebut.

Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Bayi kini berukuran 4½ inci panjang dan beratnya pula kurang 2 auns. Kulit bayi ketika ini lutsinar dan ditutup dengan rambut lembut yang dipanggil lanugo. Bayi anda bergerak aktif tetapi anda masih belum merasai pergerakan tersebut sehingga beberapa minggu lagi. Pada masa ini bayi anda mungkin menghisap jarinya! Matanya masih lagi dalam proses pergerakan ke bahagian tengah muka yang masih luas jaraknya. Cuping telinga mula membentuk dengan pesat. Tulang-tulang juga mula terbentuk. Jika satu sinar X dibuat, rangka bayi anda boleh kelihatan. Bayi anda akan menyamai rupa manusia dalam beberapa hari ini.

Bayi anda sudah mula dapat mendengari anda. Si kecil anda sekarang juga sudah dapat mendengar denyut jantung anda, suara perut anda dan juga suara anda.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Wednesday, March 13, 2013

Tuesday, March 12, 2013

Polis, Tentera Naik Gaji




Kerajaan mengumumkan kenaikan gred gaji baru bagi pegawai dan anggota tentera serta polis untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam Sistem Saraan Baru (SSB).

Pelarasan yang dinamakan Sistem Saraan Transformatif (SST) itu akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diguna pakai sebelum ini, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam. 

Beliau berkata, pelarasan gaji bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkuatkuasa 1 Januari lalu bakal memanfaatkan 233,192 anggota pasukan keselamatan di seluruh negara, iaitu 109,209 PDRM dan 123,983 ATM.




Syukur Alhamdulilah.. Tentera naik gaji :)



Monday, March 11, 2013

Jangan Ambil Ringan HB Rendah Semasa Hamil



Apa itu Anemia?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Punca kurang darah:

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Kurang pengambilan asid folik(batu proses penghasilan darah merah) & Vitamin C(batu peyerapan zat besi dalam badan)
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak seperti haid, kemalangan dan lain2
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

ANEMIA BOLEH MEMBAWA MAUT!

Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:

  • - Badan letih dan lesu
  • - Kulit kelihatan pucat
  • - Sering hilang fokus
  • - Semput
  • - Sakit kepala dan pening
  • - Jantung berdebar dengan cepat
  • - Sering lupa
  • - Tersangat kurus
  • - Loya

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Kepada ibu :
  • Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa & selepas bersalin

Kepada Janin :
  • Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bulan
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut





Fungsi dan kelebihan Vitalea
Shaklee adalah:
.
๐ŸŒน Penambah tenaga segera
๐ŸŒน Pelengkap nutrisi
๐ŸŒน Keupayaan sistem produktif
๐ŸŒน Meningkatkan metabolisme
๐ŸŒน Elemen penting pada sel tubuh
๐ŸŒน Melindungi organ badan
๐ŸŒน Memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain yang lebih efektif
๐ŸŒน Mencantikkan dan menegangkan kulit
๐ŸŒน Kuku yang cantik
๐ŸŒน Menguatkan akar rambut
๐ŸŒน Mencegah penyakit tiroid / beguk
๐ŸŒน Penting untuk diet
๐ŸŒน Perempuan hamil dan ibu menyusu perlu ambil Vitalea kerana mineral dan vitamin serta iron penting untuk tumbesaran anak.
.




CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

CARA 1

Klik ke SET KEHAMILAN ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant


Friday, March 8, 2013

Wanita Ibarat Epal



Wanita ibarat Epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau,
kenapa la diriku belum di petik?

Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu..

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)



Selamat Hari Wanita Sedunia ^___^



Thursday, March 7, 2013

Check Up 14 Minggu


Hari selasa lalu checkup daku dengan nurse..
Alhamdulilah kandungan sudah 14minggu :)

macam biasa rutin checkup...
cek berat badan naik ke 43.2kg
urine : normal
ujian thalasemia: Normal
hb: low hb 9.7

tu dia...memang kena perli dengan nurse la..
darah boleh turun dari 11.2---> 9.7

rasanya dah cukup makan.. tapi mungkin dalam masa sebulan tu banyak minum air milo..
milo kan kafein tapi milo juga boleh membuatkan jijah kenyang...itu pasal la minum...huhuhu

lagi satu mungkin juga banyak makan coklat..
mana taknya suami balik dari Labuan bawa coklat banyak-banyak..
habis la makan....muahaha :p

nastijahnya kena makan 4 serangkai pil ni...........huuuu :(


vitamin B-complex, vitamin C, folic acid dan ferrous fumarate..

selama ni makan 1biji obimin jer..
tak perlu telan banyak-banyak...huuuu

lagi 2minggu checkup... harap-harap hb naik lah... jangan turun lagi.. 
Amin...


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Maxis Hotlink CNY Metered dah


Sebulan dia bertahan dalam blog daku..
dengan dukacitanya dia tinggalkan blog picisan daku ni..huhuhu




sebulan hanya mampu meraih 20 hinggit saja.. walau apa-apa pun Alhamdulilah syukur :)

kini... tiada langsung CPUV baru menari-nari dalam blog daku..
daku redhaa....







Wednesday, March 6, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-14


Minggu ke-14

6/3/13= 14weeks


Kini anda mula merasa bertenaga daripada minggu-minggu di trimester pertama. Trimester kedua adalah masa yang amat santai dan merasa lapang menikmati kehidupan kehamilan anda. Semoga rasa loya dan keletihan yang dilalui semasa trimester pertama menjadi satu kenangan dan inilah masa anda seronok menikmati kehamilan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Di trimester pertama fokus adalah lebih kepada pertumbuhan kepada sistem-sistem badan janin yang pelbagai dan trimester kedua lebih memberi fokus kepada pertumbuhan janin. Proses pembentukan bayi akan menjadi lebih aktif pada ketika ini. Dalam satu bulan ini, bayi anda akan menggandakan panjangnya dan menggandakan sehingga empat kali ganda berat badannya. Telinga bayi telah berpindah daripada bahagian leher ke bahagian kepalanya. Matanya juga beransur-ansur berpindah kedudukannya daripada bahagian sebelah kepala ke bahagian hadapan muka bayi. Leher bayi mula panjang dari asalnya dan dagunya tidak lagi menyentuh dada. Seksual bayi juga berkembang. Ia menjadi lebih ketara bagi menceritakan samada bayi tersebut bayi lelaki atau perempuan.Saiz bayi kini sebesar penumbuk anda pada kira-kira 4 inci atau 9cm panjang manakala beratnya pula mencecah 25 gram. Ada alat-alat khas yang boleh mendengarkan jantung bayi anda.

Bayi anda mungkin akan bergerak apabila anda mengusap perut anda tapi anda mungkin masih belum dapat merasakannya..

Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..