Friday, May 31, 2013

Keinginan Setiap Wanita




Ketika seorang wanita telah siap zahir dan batin.
Maka keinginan terbesar baginya adalah segera menuju gerbang 'PERNIKAHAN'.

Ia begitu merindukan untuk segera menjadi ibu rumah tangga.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang isteri.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang ibu dari anak-anaknya.

Dalam setiap doanya.
Dalam setiap sujud kepada-Nya.
Ia benar-benar merindukan seorang lelaki yang punya komitmen jelas untuk menjadi suaminya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujinya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk merayunya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memacarinya.
Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Ia hanya berharap seorang pemimpin.
Ia hanya berharap seorang pembimbing.
Ia hanya berharap seorang imam.

Yang akan menjadi penyempurna ibadahnya.
Yang akan membawanya mulia di hadapan-Nya.

Khusus Sahabat Hikmat yang masih dalam penantian.
Semoga Allah segera mempertemukan anda dengan pasangan yang baik.

Amin ya Rabbal 'Alamin...

Thursday, May 30, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Jangan Pakai Kasut Tumit Tinggi Sewaktu Mengandung




Ada sesetengah wanita mengandung masih memakai kasut bertumit tinggi. Memang kasut bertumit tinggi membuatkan korang kelihatan menarik tetapi ia kurang sesuai dipakai berdasarkan faktor kesihatan dan keselamatan. 

Selain risiko kaki terseliuh sewaktu berjalan kerana kandungan yang semakin membesar, kasut tumit tinggi menyebabkan pinggang korang berasa sakit kerana terpaksa mengawal badan ketika berjalan. 

Amalkan memakai kasut yang lebih rendah sewaktu mengandung dan tidak terlalu ringan supaya kalian selesa ketika berjalan.



sekian...

Perkembangan Bayi Minggu ke 26




26minggu= 28/5/13

Pusat anda sedikit terjojol, mood anda pula selalu berubah-ubah dan tekanan waktu kehamilan adalah satu perubahan yang biasa sewaktu hamil.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini mempunyai satu lapisan lemak khas yang bertindak seperti satu penebat haba dan akan melindungi bayi dari kesejukan apabila lahir kelak. Lemak ini dikenali sebagai ‘brown fat” kerana warna seperti ini dilihat di kawasan tengkuk, buah pinggang dan belakang tulang dada bayi. Ia adalah satu jenis lemak yang istimewa yang mampu melindungi bayi dan mengekalkan bayi dalam kepanasan dan ia dijumpai dalam bayi-bayi yang baru lahir. Berat bayi kini adalah sekitar 2 paun atau 900 gram manakala panjangnya pula adalah 9¼ inci dimana lebih kurang 23cm.

Apa yang berlaku pada anda?

Perut anda akan membesar hampir setengah inci iaitu 1cm setiap minggu mulai sekarang. Dengan diet yang sihat, tambahan berat anda pula sekitar 7.2kg sehingga 9.9kg. Kini perut anda sudah lebih besar. Anda juga mengalami sakit belakang, kekejangan pada kaki dan sakit kepala. Anda telah melalui dua per tiga masa hamil anda dan akan mengakhiri semester kedua ini. Jika sblm ini pusat anda seperti biasa, tetapi sekarang ia mulai terkeluar tetapi apabila sudah melahirkan bayi kelak, keadaan pusat menjadi seperti biasa tetapi akan mendapati ianya sedikit meregang dan kurang kenyal berbanding sblm kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Makan Ikan

Memakan ikan bagus terutamanya waktu hamil. Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan pelbagai jenis ikan akan melahirkan bayi yang sihat dan lebih berat. Keadaan ini adalah bagus kerana bayi yang mempunyai panjang yang lebih di dalam rahim, akan lebih sihat dan kuat apabila dilahirkan nanti. Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam ikan memainkan peranan yang penting terutama mengurangkan kadar kelahiran pra-matang. Ia juga menghasilkan satu hormon yang membantu menghalang darah tinggi yang biasa berlaku pada wanita hamil. Ikan adalah pilihan yang tepat dalam pengambilan protein kerana ia selamat, rendah lemak dan tinggi vitamin B, zat besi, zink dan selenium. Makan dalam jumlah yang banyak juga tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan.



Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..


Tuesday, May 28, 2013

Breast Pump Yang Mane Sesuai??



Untuk mencapai impian menyusukan bayi, persediaan awal adalah penting! 
Fuhh...Semangat berkobar-kobar ni.. hehe 
Misi sekarang mengumpul ilmu sebelum baby lahir sebab memang dah niat dalam hati nak susukan baby dengan susu ibu sepenuhnya.. mudah-mudahan doa dan niat jijah tercapai.. Amin..

Mane tahu susu tak nak keluar nanti.. buat la persediaan beli breast pump. Tengah google brand Medela, Avent, Tommee Tippee dan lain-lain.. rata-rata bagi respon positif.  tapi masih blur nak beli yang mana satu. 


Avent Manual:
RM259

Philips AVENT Manual Breast Pump (BPA free)



Medela Harmony
RM269

Medela Harmony with 2-Phase Expression


Tommee Tippee
RM172
Tommee Tippee - Closer to Nature Breast Pump Kit



Spectra 3
RM388

Spectra 3 Electric Breast Pump



Medela Swing
RM799




Medela Freestyle
RM2299




Rumble Tuff
RM499

Rumble Tuff Duo Breast Pump + Free Gift



Kalau la ada bajet lebih boleh la sambar medela freestyle. tapi harganya mak aii... hahaha
bajet cukup cukup makan je. kalau boleh nak <RM500. muahahaha :p
untuk permulaan atau dalam pantang nanti elok beli manual dulu kot kan..ke macamaner??

nak dekat-dekat bersalin nanti baru boleh beli rasanya...



Pantang Larang Untuk Wanita Hamil


Pantang Larang Melayu Lama Untuk Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.



wallahualam...
minta-minta di jauhkan semuanya... Amin..





Monday, May 27, 2013

CPUV 3 2013 Digi WWWOW


Hari ni hari isnin..mesti lemau nak pergi keje kan... "MONDAY BLUES" katakan...hikhik :P
Tadi pagi tengok akaun nuffnang kesayangan..
Alhamdulilah ada CPUV/BE baru...




Walaupun baru ketiga dalam tahun ni..
syukur Alhamdulilah.. dapat menampung perbelanjaan beli barang-barang anakanda bakal lahir kelak :)



CPUV 3 2013 Digi Wwwow 2013 :)


sila lah jentik kalau nampak iklan ni menari-nari dalam blog jijah yer :)
tq korang...... tq nuffnang... muaaaahhhhxxx



Bertukar Ke Iberet Folic-500


Daku masih berusaha nak tingkatkan darah hemoglobin ke tahap yang memberangsangkan...
Rata-rata ramai syorkan makan pil ni sebagai menambah darah...




Baru dua bulan makan pil Iberet Folic-500 ni..
Dan hasil checkup baru-baru ni hb daku : 11.8gm
Alhamdulilah ada peningkatan...

Risau sungguh kalau hb makin rendah bila kandungan makin besar..
banyak sangat kesan pada mama dan baby dalam kandungan..menakutkan oke...

buat anakanda... membesarlah di dalam sana dengan sihat walafiat hendaknya ea sayang.... :)
Moga Allah lindungi kamu...

Pil ni boleh di dapati di farmasi dengan harga RM29 (sabah)...
moga-moga hb daku makin naik.. Amin...



Saturday, May 25, 2013

Checklist Ibu dan Barangan Bayi


Usia kandungan dah nak 7bulan baru terkedek-kedek nak beli barang baby.. padahal orang kata 7bulan tu dah siap prepare keperluan nak ke hospital. mane tahu TERberanak awal. huhh mintak-mintak la bersalin cukup bulan.. Amin...

baby makin aktif bermain-main dalam my tummy!
makin besar makin ligat! 
jadi sebelum beli kelengkapan dia.. baik sediakan checklist..

oh ya.. checklist ni jijah refer dekat banyak blog dan facebook.




Baby Gear [link]

1. Baju & seluar lengan pendek   x5
2. Baju & seluar lengan panjang  x5
3. Baju & seluar 3-6month          x3
4. Baju & seluar 6month              x2
5. Romper                                  x3
6. Mitten & booties                     x7
7. Barut                                      x10
8. Boonet                                    x3
9. Baby bip                                 x2

Diapering [link]

1. Napkin                                    pakai lama2 punya
2. Diaper wipes                           3 pek
3. Changing mat                        
4. Lampin pakai buang
5. Nappy liner
6. Cloth diapers
7. Detergent Pureen A-B-D        dah beli kat semenanjung.
8. Beg untuk diapers  [link]               

Baby Care & Grooming [link]

1. Toiletties                                 dah beli kat semenanjung
2. Minyak telon
3. Minyak baby oil
4. cotton bud
5. Nasal aspirator
6. Nail clipper
7. cotton balls
8. Tuala
9. Besen mandi 

Nursering

1. Selimut                                            
2. Bedding set                            
3. Mosquito net
4. Bedung/ baby wrap
5. Playpen

Feeding

1. Botol susu S                              x2
2. Puting botol susu                        x2
3. Berus pembersih botol                      
4. Nursing pad washable
5. Nursing pad disposal                  1 kotak
6. Maternity pad
7. Cooler bag
8. Nursing bra
9. Breast pump                            Snow Bear
10. Termos

Travelling

1. Beg bayi
2. Infant carrier

EXTRA

1. Stroller
2. Car seat
3. Bakul baju baby


Berpantang [link]

1. Kain batik                                  x10
2. Stokin panjang & tebal               x5 pasang
3. Maternity pad                             1 pek
4. Selimut tebal
5. Sweter
6. Bengkung/ Barut
7. Set lepas bersalin/ jamu [link]
8. Baju cotton berlubang
9. Tungku besar/ batu sungai




Friday, May 24, 2013

Alhamdulilah 25 Tahun Sudah..


Saja je nak bagitahu hari ni hari ulangtahun kelahiran jijah.. 
ekk ada orang ambil pedulik ker??? ngehngehngeh

Alhamdulilah genap sudah 25 tahun jijah hidup di muka bumi ini..
syukur masih bernafas sehingga ke hari ini..



tiada apa yang jijah harapkan melainkan si kecik membesar dengan sihat dalam my tummy dan selamat sehingga bersalin nanti..
tu dah kira bersyukur sangat! Alhamdulilah :D
tq Allah atas nikmat dan kurniaan ini.. 
akan ku jaga amanat sebaik baiknya yang Engkau berikan ini..
terima kasih suami ku kerana sanggup berkorban apa saja demi isterimu ini..
semoga kita dapat bersama-sama menjaga zuriat permata hati ini dunia dan akhirat.. InsyaAllah :)



Thursday, May 23, 2013

Berat Menjadi 49kg!


Alhamdulilah... i'm now 25weeks of pregnancy...
makin sihat dan membesar dengan jayanyaaaa.....
bayangkan mula mula pregnant berat badan 42.6kg sampai kena stiker hijau kat buku mengandung..
then masa 13minggu berat menjadi 43.2kg..
start naik 45kg pada usia kandungan 19minggu..
dalam masa sebulan je naik 2.6kg= 47.6kg masa usia 23/52
dan sekarang berat jijah menjadi....



49kg!!

syabasss jijah!!


berat yang tertinggi pernah di catatkan sepanjang 25tahun hidup! banggaa!! muahahaha :p
akhirnya berat jijah berjaya naik jugak.. mane tak nya.. selera makan membuak-buak sekarang ni...
setiap dua jam lapar saja.. hahaha 
pusat pun dah makin tersembul keluar.. hahahaha~~

Tapi orang cakap perut jijah kecik untuk 6 bulan.. Perut jijah tajam ke depan.. tu pasal kalau tengok dari belakang tak nampak preggy.. huhhu
mungkin perut je nampak kecik tapi anakanda membesar dengan baik dalam perut mama...
tendangan baby pon makin lama makin kuat. At least mama tahu anakanda sihat kat dalam...



Cepatnya Dah Khamis!!



Sungguh pantas masa berlalu... rupanya dah khamis hari ni.. ekk nape khamis bukan jumaat?? 
sebabnya.... hari ni suami jijah balik dari belayar!
walaupun balik sekejap sebab isnin nak belayar balik...
tapi...........
i am sooo happy today!

sebab dah nak gaji kan... jadi nak pau suami shooping barang baby...






hope misi memujuk berjaya! muahaha :p


Wednesday, May 22, 2013

6 Bulan Whooohh..


Sedar tak sedar dah masuk 6 bulan ++ anakanda mama ni..
Alhamdulilah anakanda sihat dalam perut mama...
bergoncang tak kira masa...memang pemain bola handalan anakanda mama ni kan...
cuma kadang-kadang baby tak gerak buat mama risau sangat! huhuhu
yang paling best bila mama tidur malam baby pun tidur sama..
bila mama bangun baby pun bangun sama :)
harap-harap lepas lahir nanti anakanda baik-baik yer tak berjaga malam... hehehe

Pagi tadi ada checkup lagi.. macam biasalah review hemoglobin yang tak pandai nak naik tu..huhuhu

tempoh hamil: 25/52+ 1/7
tekanan darah: 100/60
urin: Normal
hb: 11.8
berat badan: 49kg
kedudukan: sonsang
tinggi rahim: 25cm =26minggu
next checkup: 18/6/2013



tunjuk gambar kaki dulu...
doktor expecting baby boy. InsyaAllah.. harap-harap betul la jangkaan doktor tu. hehee :)


Semoga anak dalam kandungan ini di lahirkan cukup segala sifat berakal dan pandai..
Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.. Amin...


hari ni MC.. sakit belakang :(



Tuesday, May 21, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke 25




25weeks= 21/5/2013


Kehamilan kadang-kadang meletihkan, kadang-kadang mungkin kita mengeluh tetapi sesuatu yang pasti ia tidak akan menjemukan! Kerana selalu terdapat sesuatu yang baru untuk dipelajari, merasai dan mengalaminya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda sekarang meningkatkan kemahiran pernafasannya iaitu menarik dan menghembuskan cecair amnion. Latihan pernafasan ini hanya berjalan semasa bayi tidur dan tidak sepanjang saat-saatnya berjaga. Kajian ada menunjukkan fetus menarik dan menghembus nafasnya sepanjang tidur. Berat bayi kini kira-kira 700 gram dan panjangnya 13.5 inci iaitu kira-kira 35cm. Jika bayi dilahirkan sekarang, bayi anda mempunyai peluang untuk hidup. Dengan kaedah perubatan kini seperti alat bantuan udara, monitor dan ubat-ubatan bayi anda mampu untuk terus hidup. Tetapi disebabkan ianya lahir dangan kecil dan ringan kira-kira 2 paun, ia tidak boleh keluar daripada inkubator sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mengelak sebarang jangkitan dan sebarang masalah lain.

Apa yang berlaku pada anda?
Keadaan fizikal anda sudah menunjukkan bahawa anda hamil dan tidak dapat disembunyikan lagi. Pada ketika ini uterus anda sudah sebesar bola sepak. Kadang-kadang merasa kebas dan kekejangan pada tangan dan kaki. Ini adalah kerana peningkatan cecair dalam badan anda dan memberi tekanan pada sistem saraf. Tidak perlu bimbang kerana ini bukanlah masalah yang serius. Ia akan hilang setelah melahirkan bayi nanti dan kadar cairan dalam badan akan berada pada tahap normal semula.

Pengambilan nutrisi anda – Makanan Seimbang
Keperluan makanan haruslah seimbang dengan makanan yang kita makan. Peringkat kehamilan ini memerlukan dos vitamin harian yang mencukupi. Sesetangah wanita memerlukan suppliment tambahan seperti hamil pada awal remaja yang badannya tidak cukup kuat untuk hamil, wanita yang kurang berat badan, wanita yang mempunyai satu diet yang kurang bagus sebelum hamil, wanita yang hamil kembar, vegetarian, mempunyai tabiat makan yang buruk, mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, mereka yang tidak suka minum susu dan sebagainya sepatutnya mengambil supplimet bagi membantu penambahan keperluan kehamilan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan. Jangan mengambil mana-mana ubatan tambahan tanpa nasihat doktor. Gantikan sumber mineral dan vitamin yang diperlukan badan dengan mengambil makanan berzat.

Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..


Posisi Tidur Selesa Ketika Hamil


Perut yang membesar ketika hamil memang membuatkan seseorang wanita sukar mencari posisi tidur yang selesa. Oleh itu banyak keluhan tentang sukar tidur didengari daripada wanita hamil.

Berikut adalah sedikit panduan buat anda mencari posisi tidur yang selesa.

Trimester 1
Pada awal kehamilan, biasanya perut tidak terlalu besar. Maka tidak menjadi masalah untuk anda tidur dalam apa-apa posisi pun. Ketika usia kandungan di bawah 20 minggu, anda boleh bebas tidur terlentang kerana berat janin tidak menekan pembuluh darah utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

Trimester 2 dan 3
Ketika ini perut anda sudah membesar. Ketika inilah anda serba salah memilih posisi tidur. Tidur terlentang sama sekali tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan tekanan pada pembuluh darah yang utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung. Ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengggangu peredaran darah. Tidur terlentang juga menyebabkan anda terasa sakit di punggung.
Posisi tidur yang terbaik adalah sama ada tidur mengiring ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi yang lebih baik adalah bila anda mengiring sebelah kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Ia juga turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan. .
Tidur dengan posisi mengiring kanan juga baik. Anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi supaya tidak kekok untuk tidur dalam posisi sebegini. Anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa. Selain itu, anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.




sakit pinggang dah ni.. bestnya kalau ada bantal cenggini..huhuhu




Monday, May 20, 2013

Baby Bump 25weeks


Alhamdulilah Semakin besar dah baby bump jijah..
Badan pun semakin tak larat.. baru 6 bulan..
tapi bila nak berjalan tu alahaii beratnya rasa.. huhuhu
tu yang malas nak berjalan ok! nak baring je rasa....

belakang badan pun dah mula sakit-sakit..
tak boleh nak duduk lama-lama.
tapi takpe lah..demi anakanda mama akan harunginya... huhuhu

nasib baik muka dan badan jijah tak mengembang..
kalau tengok dari belakang still maintain macam dulu.. bila tengok depan baru nampak pregnant..
hehehe i likeee ^___^

3 months to go~~ tak sabar mama nak lihat anakanda mama ni.. can't wait! :)



Sunday, May 19, 2013

Baby Cot Atau Playpen??


Sepanjang pregnant ni kepala asyik fikir jer nak playpen ke baby cot? Kalau barang-barang baby yang lain boleh gagah lagi beli sikit-sikit.. Tapi sesetengah orang cakap macam membazir je beli baby cot ni.

Jijah dah pikir masa pantang je tidur dengan baby kat bawah kat rumah mak. nanti balik ke sabah mesti kena ada baby cot/ playpen ni.. biar dia berdikari.. lagipun memudahkan jijah buat kerja dan tak risau tinggal berdua dengan baby since suami selalu belayar..

Persoalannya sekarang mana sesuai baby cot atau playpen??




kalau baby cot selalunya di buat dari kayu.. lebih kukuh. kalau dapat baby besar takde lah risau patah kan. hehe tapi baby cot ni once dah pasang susah pula nak buka balik. tapi baby cot cantik walaupun agak mahal :p




untuk playpen pula senang nak bawa travel.. boleh buka pasang.. kalau suka boleh letak kat ruang tamu. 2 in 1 juga bila baby dah besar boleh dia main-main dan tinggalkan baby dalam tu. hahaha lagipun lebih murah dan harga mampu di miliki. dan biasanya materialnya kain jadi tak payah risau kalau baby terhantuk. hehe

emm tengok lah nak survey2 dulu kat mane yang ada jual then beli kat sini je.. takkan beli kat semenanjung bawa balik ke sabah.. jenuh tu nak bawa naik flight... muahahaha :p

which one haaa??




Friday, May 17, 2013

Thursday, May 16, 2013

Tuesday, May 14, 2013

Bio Oil & Minyak Zaitun Sepanjang Kehamilan


Sejak perut membesar dan menegang ini... takut pula bila stretch mark muncul..
Eeee ngeri bila tengok perut camni tau... huuuu


sumber google


Jadi langkah terbaik awal-awal trimester ke-2 jijah guna dua produk ini...

Minyak Zaitun & Bio Oil

ala... actually benda dah ada.. macam minyak zaitun tu selalunya jijah guna kat rambut... wangi kan.. heee



Minyak Zaitun & Bio oil.



oh ya... dan bila mengandung ni... 
untuk bio oil tu selalu jijah guna kat perut, pinggang, peha.. sebab selalunya kat sini la yang selalu alami kesan regangan..
untuk minyak zaitun tu pula jijah sapu kat nipple.. sebab kadang-kadang macam keluar putih-putih susu. jadi kena lah bersihkan.. huhuhu lagipon sebagai persediaan elakkan dari nipple crack masa menyusu nanti..

sekarang juga perut makin gatal.. 
dah tahu dah kalau rasa gatal gatal tu pun tanda kulit mengalami regangan.. 
Paling penting elakkan dari menggaru.. sebab ia akan buat kesan regangan ini bertambah teruk..
tapi kadang kadang tak tahan garu je sikit-sikit.. hehe 

tapi Alhamdulilah setakat ni takde masalah lagi.. walaupun kadang-kadang perut ni rasa tegang semacam..
harap-harap ok lah selepas bersalin nanti :)


Monday, May 13, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-24




24weeks: 13/5/13


Peringkat ini anda masih dalam peringkat yang baik di dalam kehamilan. Perut anda semakin kelihatan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini seberat 600 gram dan lebih kurang 11.8 inci panjang atau 30cm. Menurut kajian penyelidikan, terdapat 124 juta saraf yang berhubung di dalam tisu otak ketika bayi masih berada di dalam 6 bulan kandungan. Ini menjadikan bayi anda seorang bayi yang sangat pintar di dalam tubuh anda. Berikannya makanan yang terbaik melalui pemakanan anda!

Apa yang berlaku pada anda?
Jantung anda kini sedang mengepam untuk dua orang dan ianya bekerja kuat sebelum anda hamil lagi. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung anda meningkat lebih kurang 10 degupan setiap minit semasa kehamilan.
Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya. 

Pengambilan nutrisi anda – Pemilihan Makanan
Makanan memang menjadi satu isu besar pada wanita hamil. Ada yang makan makanan pelik seperti makanan eksotik dan sebagainya. Sesetengahnya mungkin OK untuk dimakan tetapi apa yang penting, makanan biasa iaitu ayam, sayuran, ikan, buah adalah pilihan yang terbaik. Elakkan memakan makanan yang pedas.Elakkan makan makanan yang penuh dengan garam, kalori yang banyak, berlemak, makanan bergoreng, makanan rapu dan makanan yang bergula. Kadang-kadang amat susah untuk kita menjaga makanan kita apabila berada diluar rumah. Biasanya wanita bekerjaya jarang mengamalkan makanan berkhasiat apabila waktu kerja kerana kesukaran mendapatkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan lebih kepada makan makanan segera. Kadang-kadang pemilihan makanan yang betul susah diamalkan apabila makan di gerai-gerai memandangkan mereka banyak menggunakan bahan perasa dan sebagainya. Cara terbaik adalah anda patut lebih memilih dan berhati-hati. Pastikan anda mengambil sayur dan buah-buahan dalam menu harian anda.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Sunday, May 12, 2013

Thursday, May 9, 2013

Injection Kancing Gigi / ATT Injection


Semalam 8/5/2013 checkup lagi...cepat betul dua minggu ni ek...huhuhu


tekanan darah: 100/60
urin: OK
hb: 10.8
berat badan: 47.6kg patutnya 45.8kg
kedudukan: ketulan di kesan
tinggi rahim: 23cm
next checkup: 22/5/2013
ATT: 1st dose




di sebabkan my little khalifah ni dah makin aktif bergerak.. jadi kena la suntik ATT  (Anti Tetanus Toxoid).
bab-bab kena suntik ni memang jijah penakut...
tapi kalau inject orang tak takut pula... huhuhu
sengal-sengal masih ada lagi ni..nasib tangan belah kiri...huhuhu
yang pastinya next month kena suntik ATT lagi sekali..glups!


kenapa ibu mengandung kena suntik ATT ye?
"Tujuan diberikan adalah untuk ibu hamil membentuk antibodi untuk sebarang kemungkinan yang akan dihadapi akibat dari pendarahan/ kuman yang mudah di jangkiti yang akan terjadi kesan daripada bersalin. Oleh itu, ianya adalah merupakan satu langkah preventif untuk menghindar sesuatu perkara yang buruk terjadi kepada ibu dan kandungannya. Penggunaan ATT tidak akan menyebabkan kecederaan kepada janin. Ini adalah kerana vacin yang diberikan tidak dapat melalui placenta. " 

1st ATT - bila kandungan berusia 28 weeks (tapi jijah baru 23 weeks..)
2nd ATT - 4 weeks selepas tu, meaning 32 weeks (27 weeks kena lagi..hadoiiii)

kenapa suntikan ATT kali ke dua ambil masa 4 minggu?
ini kerana jarak tersebut amat penting bagi memastikan pemindahan antibodi dari ibu ke bayi berlaku dengan efektif.

Pendapat Dr Zubaidi: 
Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan. 


Wednesday, May 8, 2013

Almari Pakaian :)


Alhamdulilah dengan rezeki pada bulan ini..
baru-baru ni dapat beli almari untuk baju..
sebelum ni letak baju dalam lugage jer.. kesian je kan.. hahaha :p
biasalah orang baru nak mula hidup baru..
tempat yang asing.. rumah sewa.. semuanya kosong...




almari yang simple.. mesti nak ada cermin punya..lagipun murah..
yang penting baju lebih tersusun kemas lepas ni..hehee
beli sikit-sikit lama-lama penuh la satu rumah ni kan..
sebulan satu barang InsyaAllah balik semenanjung kelak ada la harta untuk di bawa pulang..ngehngehngeh :p




Tuesday, May 7, 2013

Alhamdulilah Baby Makin Aktif Menendang!!


Alhamdulilah Saat yang paling indah adalah melalui detik ini...
Tumbukan demi tumbukan.. tendangan demi tendangan...
jijah dapat rasa tendangan masa kandungan 19weeks lagi tapi tak kerap..
sekarang dah 23weeks makin kuat terasa... 
Seronoknya anak mama duk berombak-ombak dalam perut mama yer...




Subhanallah... seronoknya tengok aktiviti baby dalam perut..comel je kan :)
Makin hari makin kuat terasa dia menendang..
tapi baby juga makin kuat mengeras... padat je perut jijah...

Minggu lepas suami jijah balik dari belayar..
malam tu tengok movie Gi Joe kat laptop.. baby kicking banyak kali kuat pula tu..
terus letak tangan suami kat perut.. lagi dia kuat menendang...
suami jijah tergelak sorang-sorang...sambil tu dia letak telinga dia kat perut dan borak-borak dengan baby..
nak nangis rasa...syahdu sangat....huhuhu

Alhamdulilah syukur Ya Allah daku berpeluang lagi merasa detik mengandung ni..
moga baby yang akan lahir nanti cukup semua sifat dari segi fizikal dan mental. 
sihat Alhamdullillah dari sebarang penyakit...
dan jadi anak yang soleh dan solehah dan mendengar kata. 
Amin..

Monday, May 6, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke 23


Minggu ke 23



23weeks=  6/5/13


Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi berbanding sebelum ini. Kadang-kadang fokus anda terhadap pertumbuhan bayi anda membuatkan anda lupa sebentar kepada kerja harian anda. Maklumlah, pertumbuhan bayi adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan difahami.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Pada ketika ini berat bayi anda menjangkaui 455 gram dan kira-kira 11 inci panjang atau 29cm. Bayi anda kini seperti saiz anak patung kecil. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Mata bayi lebih besar dan berbenjol pada peringkat ini. Ini kerana otot di sekitar muka belum lagi diisi dengan cukup. Bayi sedang mula menambahkan berat badannya serta otot mukanya. Apa yang mengagumkan adalah walaupun anda telah melalui separuh masa kehamilan, bayi masih lagi seberat 1 paun.

Apa yang berlaku pada anda?

Doktor akan memantau tambahan berat badan anda serta pertumbuhan janin setiap kali lawatan ke klinik. Setiap wanita mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza antara wanita hamil dengan wanita hamil yang lain. Apa yang penting, setiap pertumbuhan dapat dilihat secara terus menerus mengikut waktunya. Ini termasuklah perubahan saiz bayi, cecair amnion, plasenta dan lain-lain. Anda mungkin akan mengalami sakit belakang, regangan di perut akibat otot-otot uterus yang mengembang semasa kehamilan. Ia adalah normal dan banyakkan berehat. Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya 'tenggelam', sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan. 

Pengambilan nutrisi anda - Vitamin:

Pengambilan makanan yang mengandungi tenaga, protein, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, folat, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Kalsium, Iodin & zink sangat baik terutama ketika trimester kedua dan ketiga. Peningkatan keperluan untuk zat besi juga terlalu tinggi sehingga tidak dapat dipenuhi jika anda mengamalkan melalui diet biasa. Selain itu, keperluan asid lemak (asid linoleik dan alfa-linoleik) perlu ditingkatkan untuk pembentukan bayi yang sempurna.



Sunday, May 5, 2013

Friday, May 3, 2013

Thursday, May 2, 2013

CPUV 2 2013 TM Mencari Ramli 2


Lama sebenarnya jijah tak buka akaun nuffnang..
sebab jijah tahu takde CPUV yang terbaru...hehehe
tapi isnin baru-baru ni tergerak hati nak tengok kot ada CPUV kan...
syukur Alhamdulilah ada :)




tak tahu bila muncul CPUV TM Mencari Ramli 2 ni...
tengok akaun nuffnang macam pelik jer...
tapi syukur Alhamdulilah rezeki yang datang...
buat perbelanjaan bakal anak jijah yang akan lahir nanti :)

tq nuffnang.. tq so muchh!



Yeyy Handbag dan Kasut Baru :)


Semalam kan hari pekerja.. cuti la u all kan...
semalam juga jijah cuti lepas keje malam dan kebetulan suami jijah balik belayar..yeyy!!
pastinya masa di luangkan bersama-sama suami tersayang...hehehe

mula-mula pergi Centre Point KK tapi macam tak de benda nak beli
then pergi ke One Borneo..

asalnya nak tengok tengok kasut kat kedai VERNS jer..
almaklumlah kebanyakan kasut jijah jenama VERNS..
tapi berkenan kasut-kasut kat situ...
suami jijah yang pilih kasut ni tau...



cantik pilihan suami... warna pink.. sangat selesa memakainya...


konon tengok kasut jer last-last rembat handbag pula kebetulan less 50%..
handbag bertukar pon sebab hampir dua tahun guna handbag hantaran kahwin..
habis beg tu tau... rabak sudah... sobb :(



handbag pun pilihan suami jijah :) besar ruang isi di dalamnya.. banyak poket gak.. 
tapi tak semegah BONIA dan LV korang tu... 
jijah mampu VERNS jer.. huhuhu


rezeki kedua-duanya dapat murah.. tak sampai RM150 pun :)




suami jijah lagi lah... dari tahun lepas nak sangat beli kasut ADIDAS..tapi ada je menghalangnya..
kali ni dia tekad membeli kasut kesayangan dia tu... muahahaha :p
sama juga macam jijah hampir dua tahun dia melasak kasut hantaran masa kahwin dulu..




happy kemain dia bila dapat beli kasut ni... 
siap terus pakai pergi jalan-jalan tu... tak menahan... hehe


Alhamdulilah rezeki pada bulan ni...
tu dapat beli apa yang di idamkan....
bulan hadapan simpan untuk beli barangan baby pula :)





Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja...


Selamat Hari Pekerja buat semua..
seronok la korang kan... bercuti hari ni.....
nasib baik lah jijah baru habis malam.. jadi dapat juga lah bercuti hari ni... yeyyy!!

ehh... kemana korang hari ni? mesti banyak plan kan....
yang paling menarik bagi jijah adalahh.....
SUAMI BALIK BELAYAR! yeyyy!!

suka suka...
sebulan sudah tak jumpa wajah kesayangan hamba tu tau...
rindu membukit-bukit... hehehe :)

masa untuk bersama suami tersayang sebelum dia belayar kembali isnin nanti..
k... Selamat Bercuti u all.....