Buaian Untuk Hakimi

12:30:00 PM 30 Comments A+ a-


Bab berbuai niat awal memang taknak ajar hakimi berbuai sebab senang nak ke mana-mana tapi sebenarnya ia salah satu faktor untuk memudahkan pengasuh jaga sementara pengasuh nak buat kerja rumah.. bila berbuai sekurang-kurangnya tidurnya lena dan senang kita nak buat kerja..

Hakimi time nak tido memang merengek/meragam menangis dulu.. bila di dodoi-dodoi baru dia tido.. takkan lah pengasuh nak buat gitu ye dak...huuu jadi pasrah jelah masukkan hakimi dalam buaian tu.. dari rumah mak kat kampung lagi dah masukkan hakimi dalam buai.. memang lena hakimi tidur!


kalau tak letak tali oren tu.. buainya tinggi sangat! dan kalau tali putus tilam ada kat bawah :)


jadi bila balik sabah ni kena standby dalam rumah ada buaian.. bila susah nak tidur masukkan je dalam buaian. buaian pon jenis manual.. henjut bila perlu.. then biarkan :) dengan guna cek nuffnang lepas beli buai kat City Mall Rm165.. merata cari kat KK last jumpa kat sini.. syukur :)


betapa nyenyaknya anak bujang soleh mama ni.. 


so far hakimi boleh tidur bawah dan tidur dalam buai..dan paling senang bila jalan-jalan minum susu dia terus tido :)



Tazkirah Jumaat Part 50

8:00:00 AM 10 Comments A+ a-





WANITA yang tabah adalah WANITA yang masih mampu tersenyum di waktu pagi walaupun semalaman dia mengalirkan AIR MATA kerana kesedihan..


Hakimi Sudah Botak!

8:00:00 AM 14 Comments A+ a-


Lepas je cukur jambul dan aqiqah hakimi lalu baru start botakkan si hakimi..
masa tu hakimi 72hari..sekarang dah 77hari :)
walaupon lambat botakkan hakimi janji rambut dari dalam perut ni di buang ^___^ 



rindu mama rambut pacak hakimi ni! sebab hakimi nampak hensem :)


baik sangat bila kena cukurkan rambut..tak meragam pon..



hakimi anak soleh mama :)


yeyy! hakimi sudah botak... makin di botakk makin comel anak soleh hakimi ni kan~


pipi tu habis kena gomol dengan mama n papa :)


Doa dan harapan mama agar Zulhakimi Zaim mama dan papa ni membesar jadi anak yang soleh, taat pada perintah ALLAH, ikut ajaran NABI, jaga solat, jaga puasa, patuh pd mama dan papa, turut perintah agama, jadi pemimpin yang bijaksana lagi cerdik dan moga berjaya dunia dan akhirat.. mama sayang hakimi hingga ke jannah! Amin..



Good Bye Semenanjung! Hai Hai Sabah!

8:30:00 AM 24 Comments A+ a-


Setelah hampir 5bulan balik semenanjung cuti bersalin.. 5bulan kaoo~ 5bulan tu! muahahaha :p
dah nak habis cuti bersalin 3bulan..
hari ni flight balik Sabah jam 12pm nanti

Ya Allah sedihnya nak tinggalkan makayah dan semua yang ada di sini!
mak la yang jaga jijah masa pantang..mak la buat apa je untuk anak dan cucunya.. 
serius akan merindui mak! rindu masakan mak! 
rindu ayah yang selalu bawa jijah dan hakimi pergi checkup! 
rindu mak dan ayah mertua yang tak putus-putus datang jenguk jijah dan hakimi kat rumah mak!
rindu kat abang dan keluarga serta adik ipar yang suka main-main dengan hakimi! 
seriuss akan merindui semua nanti!!

tapi..di sebabkan suami tak dapat balik ambil jijah dan hakimi kerana belayar maka mak dan ayah offer untuk pergi sabah sama.. yela barang banyak, orang lelaki pula takde, suami belayar, rumah tah apa khabar.. roadtax insurans My PE mati.. mane tak risau makayah tu..dan adik ipar pon ikut sama ke sabah selama cuti sekolah ni untuk jaga hakimi sementara jijah nak cari pengasuh.. syukur!

emm duduk sabah nanti jijah kena uruskan semua.. bersediakah jijah nak menghadapi hari-hari mendatang nanti berdua bersama hakimi?
bagaimana nak pikul tanggungjawab seorang ibu seorang diri bila suami tiada belayar??
risaunya ya Allah! harap dua minggu sebelum mula bekerja ni jijah boleh lakukan semuanya.. 

moga Allah permudahkan Amin..



Tips Membawa Bayi Naik Kapal Terbang

10:00:00 AM 8 Comments A+ a-


TIPS MEMBAWA BAYI NAIK KAPAL TERBANG


• Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan.

• Pastikan backpack anda mengandungi:
1. beberapa keping lampin pakai buang (anggarkan keperluan)
2. tisu basah (mini packed wet tissue)
3. dua persalinan baju
4. botol susu (jangan bawa air panas dalam thermos / air kosong dalam botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jangan risau, boleh minta dari cabin crew bila dah terbang nanti).
5. bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jangan pula bawa tin2 sekali dalam backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dalam beg besar.
6. bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada.
9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan kala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor.
10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.


• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak, anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan.
-Bayi di dalam bassinet. Kedudukannya tergantung pada dinding kapal terbang. Hanya untuk tempat duduk hadapan sahaja.

• Untuk makanan bayi atau anak kecil, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.

Bawalah stroller. Anda boleh membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Apabila sampai di airport yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke baggage claim area. Kalau tak pasti, bertanyalah pada kakitangan di sana / cabin crew.

• Apabila kapal terbang berlepas dan mula naik ke udara, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda / berikan dia minum menggunakan botol ketika pesawat sedang berlepas. Lakukan yang sama ketika proses mendarat.

Bawalah bayi berjalan2 di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan.


p/s: esok ni flight balik Sabah!  harap-harap hakimi tak meragam dalam flight nanti.. Amin..


Majlis Cukur Jambul, Aqiqah Dan Berendoi Zulhakimi Zaim

5:29:00 PM 21 Comments A+ a-


Alhamdulillah selesai sudah Majlis Cukur Jambul, Aqiqah dan Berendoi Anakanda Zulhakimi Zaim pada Hari Selasa 19 Nov lalu di rumah mertua :)

pelamin yang gorjes ni dari butik Anggun Bridal.. 
fb Carolina Lynn Lopiter Angele di sponsor oleh keluarga mertua.. 
Alhamdulilah rezeki anakanda hakimi..


majlis di mulakan jam 3petang untuk pihak perempuan seperti marhaban, cukur rambut dan berendoi. 


hakimi berbaju kemeja kotak-kotak kuning seronok je duduk dalam buai ni.. 




very good boy hakimi walaupon tak tidur tapi tak meragam malah muka macam pelik je time gunting rambut. wakaka :P



time ni berendoikan hakimi.. nyanyi2..


kumpulan marhaban perempuan..

majlis selepas isyak untuk pihak lelaki orang masjid.. 



di sebabkan suami tak balik cuti maka abg kandung dan ayah jijah ambil alih untuk mengendong hakimi mengelilingi orang masjid..


anak mama hakimi yang sangat comel! lena tidur~



hot mama! okehh perasaan sudaa~~

Alhamdulillah sepanjang majlis ni hakimi sangat beri kerjasama.. tak merengek.. senang nak bawa mengelilingi orang marhaban untuk cukur jambul.



Terlaksana sudah aqiqah hakimi 2ekor kambing serta bercukur rambut..
Doa dan harapan mama agar Zulhakimi Zaim mama dan papa ni membesar jadi anak soleh, taat ALLAH, ikut RASUL, patuh mama dan papa, turut perintah agama, jadi anak yang bijak lagi cerdik dan moga berjaya dunia dan akhirat.. mama sayang hakimi hingga ke jannah! Amin..





Tazkirah Jumaat Part 49

12:00:00 PM 9 Comments A+ a-




"ALLAH tidak pernah merampas apa yang kita sayang. Sebaliknya Dia menggantikan dengan yang lebih baik daripada itu. ALLAH Maha Adil."



Tips Mendidik Anak Lelaki

8:00:00 AM 13 Comments A+ a-


TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI 


~Sumber: Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj~

PERANAN BAPA:
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan diikut oleh anak. 
Cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.
PERANAN IBU:
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil

semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh.. Amin...


p/s: esok majlis aqiqah hakimi! nervess.. hehee


Encik Suami Tak Balik Cuti Ambil Jijah Dan Hakimi

9:00:00 AM 31 Comments A+ a-


Selasa.. majlis aqiqah, cukur jambul hakimi papa xde... 
Ahad.. papa pun tak dapat balik cuti amik mama n hakimi bawa balik Sabah sebab belayar dari khamis lalu...
sedihnya.. sobsobsob.. :(
nak buat camner tugas dia sebagai anggota tentera laut harus di utamakan... -_-"
kalau korang mesti tak sanggup kan... huuuu~~

belayar seminggu mungkin sampai khamis.
so ingat dapat la balik cuti jumaat ambil jijah dan hakimi untuk bawa balik sabah sebab flight hari ahad.. tapi tak dapat juga sebab sabtu belayar balik... :(

aduh sabar jelaa... kena betul betul sabar dan tabah jadi isteri pelaut ni...
takpelah... redha...
kita kena kuat n tabah yer anak soleh mama zulhakimi zaim.. papa kamu tak macam papa orang lain sentiasa ada di sisi... 
kita senyum je kimi.. mama ada kimi.. kimi ada mama :)

jadi bila encik suami tak dapat balik ni terpaksa jijah, hakimi dan adik ipar balik sendiri..
actually adik ipar ikut sebab nak tolong jaga hakimi sementara jijah nak cari pengasuh.. dan kebetulan cuti sekolah time tu.. 

dan tetibe mak dan ayah jijah offer nak ikut ke sabah sekali..
risau kao parent jijah bila jijah balik bawa anak tanpa orang lelaki buat pertama kali ni...
huhuhu syukur la kan parent jijah ikut dengan bawa barang banyak la.. dengan hakiminya lagi.. Alhamdulillah..


p/s sedia di korbankan kata kan...huhuhuhu


Alhamdulillah Cek Nuffnang Ke Lima. Tq Nuffnang!

12:00:00 PM 26 Comments A+ a-


Alhamdulillah sampai juga cek nuffnang ke lima :)
risau sampai lewat sedangkan jijah nak balik Sabah dah..huu~~

lepas ni duit nuffnang hasil mama jijah berblog semuanya untuk anak soleh hakimi..
terima kasih pada semua yang membaca blog jijah..
tanpa korang tak naik la earning iklan jijah tu... hahahhaa :P



mama jijah masih tak tahu nak beli apa untuk anak soleh hakimi..
emm tunggu balik sabah minggu depan la baru pikir apa..
lagipun nak beli kat sini susah nak bawa balik naik flight...huuu~~

tq korang yang tak putus-putus datang dan tinggalkan jejak kat blog ni.. tq.. tq..
tq nuffnang beri kepercayaan untuk iklan kat cik azizah's blog ni..
hugg ketat ketat... xoxo..



Tazkirah Jumaat Part 48

8:00:00 AM 12 Comments A+ a-





Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba..


Hakimi Hensem Dengan Seluar Jeans & Kemeja

7:56:00 PM 23 Comments A+ a-


Buat pertama kali hensem boy mama pakai seluar jeans & kemeja!!




hakimi ni cepat membesar.. rugi beli baju mahal-mahal dan kecik ^__^
nasib hakimi selesa, tak ruam cukup dah..



smart hakimi kan.. macam budak besarr~~
 mama cair tengok hakimi! hensem anak mama ni...muahahaha :p
puji anak sendiri.. larikkkkkk~~



moga hakimi jadi mujahid yang soleh dan senang untuk di didik. Aminn



TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY

12:23:00 AM 21 Comments A+ a-


ASSALAMUALAIKUM


Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..

Contoh baju :





Checkup Hakimi 2 Bulan

7:35:00 PM 37 Comments A+ a-


Semalam last checkup hakimi 2 bulan 2hari sebelum transfer ke Sabah..

berat: 5.8kg
panjang: 59cm
lilitan kepala: 39cm
imunisasi: DTAP/HIB/IPV Dos 1


Perkembangan hakimi sekarang dah pandai pandang muka kita, pandai mengekek ketawa bila orang agah :)


kalau kita senyum dia pun senyum sekali.. so sweet :)

Alhamdulillah makin kuat dan semangat! membesar depan mata mama. Alhamdulillah



my heart.. I love u no matter what my dear~~


Lagi Hadiah Baju Hakimi Dari Adik Ipar

1:30:00 PM 25 Comments A+ a-



Sengaja nak publish hadiah-hadiah yang hakimi dapat
supaya bila dia besar nanti.. dia buka blog mama dia tahu sape yang bagi dia hadiah masa kecik kecik dulu... hahahahha :p
mengenang jasa..kononnyaa...hikksss~~

soo hadiah Baby Genius ni dari adik ipar jijah..
1 set.. sangat comel :)


serba oren kauu anak mama ni :)


baju ni besar.. so kimi leh pakai selagi muat..
sebab kebanyakan baju dia tak muat dah :( 
so mama simpan masuk kotak untuk adik hakimi nanti.. ekkk?? apekah..

tq adik ipar! tq suka main2 dengan hakimi...
yelahhh sorang je anak buah awak ni...hehehehe


p/s: adik ipar jijah bakal cikgu.. in shaa Allah dia akan teman jijah kat sabah sepanjang cuti sekolah ni.. yipeeee!! ada orang jaga hakimi... muahahaha :P





Tips Penjagaan Selepas Bersalin Pembedahan

8:00:00 AM 19 Comments A+ a-




Bersalin secara pembedahan/Ceaseraen memang masa bersalin kurang sakitnya berbanding bersalin normal, namun yang tak best nya bersalin kaedah ini, sakitnya selepas proses pembedahan tu. Nak duduk susah, nak pakai bengkung susah, ada pulak tu luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam masih lagi basah dan ada juga yang bernanah sampai berbau. Memang kalau dengar memang mengerikan dan mengilukan. Tapi semua wanita jiwa nya kuat dan tabah. Penjagaan bersalin bedah memang lebih rumit. Namun walau apa pun kaedah/ proses anda bersalin, penjagaannya masih tetap sama dan penting.




TIPS PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN


1. Bergerak lebih awal dan banyak bergerak

Melancarkan perjalanan darah dan membantu percepatkan penyembuhan luka 


2. Makan makanan berzat dan seimbang

Makan makanan yang mengandungi banyak protin,mineral,vitamin,buah- buahan dan sayur- sayuran.


3. Minum air secukupnya

Buang toksin dalam badan. 
Mengurangkan sembelit kerana ia memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda bertambah sakit. 
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


4. Mengambil suplement zat besi dan multivitamin

Meningkatkan paras hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan anda.


5. Makan pil penahan sakit

Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. 
Makan ubat tahan sakit (jika tiada kontraindikasi) untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


6. Menyusu badan secara eksklusif

Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. 


7. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.


8. Pakai bengkung

Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. 
Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. 
Mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda.
Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain.


Tanda-tanda jangkitan kuman selepas bersalin pembedahan;


1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka


Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang:

Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli,petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.

Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme.

Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.
Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim.
Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah

Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44hari.
Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.
Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut.
Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.
Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.


******************


Amalkan Set Bersalin Shaklee..bekesan untuk kesihatan dalaman dan luaran



SET BERPANTANG SHAKLEE



ESP
membekalkan tenaga kepada ibu
🌸milkbooster
🌸bantu mnguatkan rahim


Vitalea
🌸sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu
🌸pelengkap nutrisi ibu
🌸bantu penghasilan darah merah setelah proses bersalin

Vitamin C
🌸 memepercepatkan penyembuhan luka
🌸membaiki sel rosak ketika proses bersalin

Alfafa complex
🌸mengecutkan rahim
🌸bantu buang angin dalam badan
🌸bantu banyakkan susu

Ostematrix
🌸elakkan sembelit
🌸melawaskan pembuangan air besar
🌸milkbooster




CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET BERPANTANG SHAKLEE.

CARA 1

Klik ke SET BERPANTANG SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Whatsapp: 013-2378013

SID 1200083
Your health & beauty consultant





p/s: Kite tak mintak bersalin czer melainkan Allah dah tetapkan ni bahagian yang kite kena lalui..jadi jangan la menghina kat orang yang bersalin czer ni sebab sakitnya tak dapat nak diluahkan dengan kata2...jangan fikir bersalin normal je yang sakit sebab bersalin normal sakitnya sekejap tapi bersalin czer bertahun lamanya menanggung... huhuhu :(





2 Bulan Dah Baby Hakimi :)

8:39:00 PM 36 Comments A+ a-


Semalam 10/11/13 genap umur dua bulan anak soleh mama!! Cepatnya kamu membesar sayang..
sedar-sedar dah dua bulan yer.. esok kita pergi checkup yer.. mama tak sabar nak tahu berat hakimi.. sebab mama rasa dah mengah dan lenguh lenguh tangan dukung hakimi ni :)



masa sebulan hakimi 4.6kg. dua bulan ni mesti makin semangat kan.. yelaa kuat sangat menyusu sampai mama rasa nak sumbat makanan je. hahaha :P

takpe janji anak mama sihat dan kuat di lindungi Allah.. :) 



mama suka tengok hakimi gelak besar camni.. sumpah comel sangat sampai nak gugur jantung mama! engkaulah nyawa mama hakimi!!


duckface! so sweeett ^___^


hakimi dah pandai di agah.. terkekek dia gelak.. comel :) mata pun dah nampak mamanya...kalau dulu kabur2...dan dia pun pandai menyahut bila sesiapa borak dengan dia.. panggil nama dia hakimi pun dia menyahut! macam tahu-tahu je nama dia.. hehehe bijaknya anak mama!!




mama sayaaaaaaangg hakimi sangat-sangat!!
jadi anak yang soleh yer nak.. mama doakan hakimi berjaya di dunia mahupun di akhirat.. Amin..



p/s: sok check up kimi..mama kena buat pap smear sekali.. adoiii.. hahahhaa!!


Hadiah Hamper Looney dan Tweety Untuk Hakimi

8:00:00 AM 13 Comments A+ a-


Hakimi ni murah rezekinya... Alhamdulillah..
ada je hadiah untuk anakanda hakimi :)


hamper looney n tweety ni hadiah dari pemilik butik andaman!
ibu dan ayah mertua jijah dah anggap macam keluarga sendiri dengan pemilik andaman ni :)
tq kak lynn pemilik Anggun Bridal ^___^

dan bila hakimi memakainya
:
:
v


comel kan hakimi kan... muahahhaa :p
hakimi ni susah nak pakai topi.. dia rimas.. hikhik

in shaa Allah majlis berendoi hakimi nanti dengan butik ni juga..
tak sabar nak tengok hakimi naik buai berendoi minggu depan!
dan masih pening memikirkan baju apa nak pakai untuk berendoi hakimi nanti...
oh yer tema biru :)

any idea??
kalau boleh nak pakaikan hakimi baju melayu/jubah.. 
ada tak jual online yer untuk usia hakimi ni...
tq sharing!