Mencari Kipas Silling

Sabtu lalu makayah ajak pergi Nilai 3. Konon nak survey2 kipas lampu untuk rumahkusyu rgakuaz nanti..konon la sangat...padahal dah beli...



Sabtu lalu makayah ajak pergi Nilai 3. Konon nak survey2 kipas lampu untuk rumahkusyurgakuaz nanti..konon la sangat...padahal dah beli pun. Muahaha


Padahal CF dan kunci pun tak dapat dah beli..sayang je waranti kalau beli awal awal kan. Nak buat camner bukan selalu pergi Nilai 3 tu padahal bukan jauh pun.

agak blur bila dah sampai kedai lampu.. rambang mata dibuatnya.
dah alang-alang sampai Nilai 3 terus la beli.. beli 1 kipas jenama DEKA, 2 lampu siling. berhabis gak la RM1k...huhuhuhu





tengok macam laju je. so belilah Kipas jenama DEKA. lagipun dia boleh speed forward, speed reverse dan cooling reverse ventilation. macam menarik! designnya pun smart!

beberapa hari lepas tu ayah sengaja nak try test kipas ni.. sekali tak kuat anginnya padahal dah sampai speed 5!!..LOL!






berbanding kipas KDK kat rumah mak. laju lagi KDK 3 bilah ni! cisss! rugi je beli DEKA.. nampak je cantik tapi slow. huhh!

sekali kat group FB DRKSK ada bincang pasal kipas ni..baca komen ramai suggestkan kipas jenama KDK dan Panasonic! lama dorang pakai hasil semua puas hati.

maka bincang dengan makayah dorang ambil kipas DEKA ni dan daku perlu mencari kipas jenama lain untuk rumah sendiri nanti..Alhamdulillah lega dengar :)

apa yang daku tahu jenama KDK memang specialist dalam kipas sahaja..

cuma nak tanya korang, 
1) jenama kipas apa yang korang pakai sekarang?? ok ke tidak? 
2) berapa tahun pakai? 
3) KDK o Panasonic atau jenama lain yang bagus?

tq korang ^___^






You Might Also Like

16 insan comel komen

  1. rasanya kat umh yui tu panasonic.. lama juga tu tahan.. xde ragam lg la buat masa ni.. laju pun laju

    ReplyDelete
  2. nak beli kipas harus la beli jenama KDK ... tahan lama ....
    cuma KDK ni tak de la design cantik sgt ...aku sugestn ko beli barang eliktrik dan lampu kat House of lighting puchong ..murah dan byk choice ....

    ReplyDelete
  3. xpernah dengar lagi jenama ni. Kat kuarters ni kipas yang disediakan oleh bahagian perumahan, jenama BOLEH je..tapi memang BOLEH je laaa.,,asal ade.huhu..ala2 KDK jugak. harga tak pasti berape tapi dengar kawan2 cakap kipas murah je tu yang senang rosak. kat kuartesr emi tu kipas depan ruang tamu yg disediakan tu rosak, tu yang kami beli sendiri sebab malas nak suruh org perumahan datang tukar {sebab nanti diorang ganti ngan kipas BOLEH tu jugak}. emi beli kipas panasonic yang macam ni [ http://www.senheng.com.my/small-appliances/20315-psn-fm14c5dg.html ] harga masa beli kat sabah RM350 gitu la,,,alhamdulillah puas hati sepanjang hampir 3 tahun dah pakai tu, senang nak pasang [hubby pasang sendiri] yang penting lajuuuu..kalau ambil yang 5 daun lagi ok...tapi harga mahal sikit la,,hehe..

    ReplyDelete
  4. Sy pun tak pernah survey, tapi hari tu mintak tolong abang saya belikan kipas utk pasangkan di rumah sewa, abg sy tu memang wireman, die terus sebut nak beli kipas KDK. sy pun iyekan shj hihi. Sronoknye nakmasuk rumah baru. mesti hari2 terbayang2 nak deco hihi

    ReplyDelete
  5. brand apa eh kat umah, tak ingat..tapi pakai dah masuk 4 tahun.. cuma kena rajin bersihkanlah..berat, berabuk,, slow la dia

    ReplyDelete
  6. @nuyui a.k.a miss YUI satu rumah pakai panasonic ye yui.. nk survey la nnti

    ReplyDelete
  7. @eima alaa kak.. jaunya puchong tu..tu uh la nk cr kdk gak la

    ReplyDelete
  8. @saye niza biasa wireman mst suggest kdk kan.. sbb kualitinya bertahun2 gak. Alaa lom nak masuk lg..

    ReplyDelete
  9. @Mar Mansor cer tgk kak. Brand apa tu..hehe

    ReplyDelete
  10. rumh.ciksu ni kdk kot. dok kuarters.. dah dah 3 tahun guna ni.angin pon kuat.sejuk, laju

    ReplyDelete
  11. kipas ni macam untuk hiasan lebih je jijah..macam kat rumah fiza, bukan laju pun better beli kipas biasa tu je senang :)

    ReplyDelete
  12. dulu kini dan selamanya... KDK..

    ReplyDelete
  13. kipas Panasonic dibuat oleh KDK,.. KDk mahal sikit jerr,Salah Satu Jenama Kipas melepasi spesifikasi JKR

    ReplyDelete
  14. Dari pengalaman sy, kipas jenama yg paling berkualiti ialah panasonic dan kdk, dua2 brand ni sbnarnya dari kilang yang sama. Kalau rosak senang nk repair. Berbanding dgn jenama lain memang tak tahan lama walaupun design lebih menarik, tapi pakai tak sampai setahun / 2 tahun dah rosak, power board rosak, motor rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih infonya encik.. lepas ni beli panasonic n kdk saja..

      Delete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!