SSPN l Cara Buka Akaun SSPN

SSPN-i merupakan satu skim atau simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah m...


SSPN-i merupakan satu skim atau simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep 'Wakalah Bil Istithmar'.


Cara untuk membuka akaun SSPN-i :

1. Dapatkan Borang Permohonan melalui ejen PTPTN atau muat turun Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i.

2. MyKad asal dan salinan

3. Mykid dan Sijil Kelahiran asal dan salinan (anak)

4. Duit deposit minima RM20


Ejen PTPTN adalah seperti berikut :-
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank Berhad
  • Agro Bank
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
  • Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)
  • Maybank.

Keistimewaan yang ditawarkan oleh SSPN-i :

  • Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
  • Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00
  • Manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian diberi secara PERCUMA (tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan)
  • Pemberian Geran Sepadan (RM ke RM) sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak (tertakluk kepada syarat dan peraturan)
  • Kadar dividen yang kompetetif
  • Dividen dikecualikan daripada cukai pendapatan
  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan
  • Simpanan serendah RM20.00 

Maklumat lanjut boleh di dapati dari laman web SSPN-i PTPTN.


Alhamdulillah duit raya hakimi yang lepas di gunakan untuk membuka akaun SSPN-i sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. inshaaAllah..



Lepas buka akaun SSPN-i ni tunggu kad SSPN sampai rumah. kira nak sampai sebulan juga lah..pendeposit diberi resit dari bank dengan nombor rujukan sebagai rujukan untuk simpanan  duit nanti.

settle!




You Might Also Like

12 insan comel komen

  1. Ammar pun dah lama dah bukak..tak sabar nak tengok dividen dia ok ke tak..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, anak2 aida semua da lama berSSPN, jijah.
    tiap bulan masukkan duit.
    skit skit lama lama jadik bukit, kan ? in shaa Allah...

    ReplyDelete
  3. kami tak buka pun lagi .... nak buka juga la ..dok bertangguh je ....

    ReplyDelete
  4. berhajat juga nak buka akaun sspn utk aurel n kakak - kakak dia, InshaAllah...

    ReplyDelete
  5. rm20 tu dah murah2 sesangat...nk dgn x nk buat je kan jijah??

    ReplyDelete
  6. penting bukak akaun SSPN I ni

    ReplyDelete
  7. ciksu blm buka lagi sspn i ni
    masih simpan dlm TH j setakat ni.
    dlm perancangan juga nak. utk kemudahan anak ank di masa depan, kan !

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah khamis ni nk bwk ank2 buka akaun sspn utk masa dpn mereka 😊 boleh kan buka skali 2 akaun utk ank2?

    ReplyDelete
  9. Mana lg ok buka akaun dkt maybank atau bsn ye?

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah khamis ni nk bwk ank2 buka akaun sspn utk masa dpn mereka 😊 boleh kan buka skali 2 akaun utk ank2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. janji ada duit deposit utk permulaan buka buku

      Delete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!