Friday, September 30, 2016

Semakan Daftar Pemilih


Pilihan Raya semakin hampir.. Jangkaan pada Mac 2017. 

Jika belum mendaftar anda perlu mendaftar di Pejabat Pos atau Pejabat SPR atau Kaunter Bergerak SPR yang dibuka dan perlu bawa kad pengenalan asal dan isi Borang A.

Jika sudah mendaftar, boleh semak no kad pengenalan di website ini:




saya sudah.. anda bila lagi?


Jom sama-sama kita mendaftar, menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang prihatin!
Undian anda berharga untuk menentukan masa depan negara!



Thursday, September 29, 2016

Jangkitan Rotavirus



Apakah jangkitan Rotavirus?

Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah, sakit perut dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.




Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?

Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis pendedahan daripada najis ke mulut kanak-kanak lain.

Sebagai contoh,ia berlaku jika seseorang menukar lampin bayi, terkena najis pada tangan dan dia tidak membasuh tangan lalu memegang peralatan, permukaan atau makanan.

Sekiranya kanak-kanak lain menyentuh peralatan atau permukaan tersebut dengan tangannya dan selepas itu tangannya di masukkan ke dalam mulut, virus tersebut tersebar ke kanak kanak itu.

Ia boleh merebak melalui tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar. Mereka yang mengendalikan lampin bayi perlu mencuci tangan selepas menukarnya manakala mainan kanak kanak serta peralatan di sekitarnya perlu sentiasa bersih.


Apakah rawatan yang di lakukan?

Di Malaysia,jangkitan rotavirus adalah punca cirit-birit yang utama menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk menerima rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah(intravena).

Kira kira 25 sehingga 50 peratus kes cirit-birit yang memerlukan kemasukkan wad berpunca dari Rotavirus

Tiada rawatan yang khusus untuk membunuh virus tersebut dan rawatan lebih penting dalam memastikan pesakit yang mengalami sakit ini adalah mempunyai kandungan air yang mencukupi dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi (kehilangan air dan garam galian yang teruk menerusi muntah dan cirit).

Untuk menpercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan virus ini, pastikan ibu bapa memberi anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin jika muntah.

Selain itu, doktor akan memberikan rumusan minuman air garam (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi.Sekiranya mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan hospital dengan memberikan cecair melalui intravena.

Langkah mengelakkan jangkitan ini

Jangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana mudah merebak.Beberapa kaedah pengawalan adalah pembasmian kuman di tempat permainan atau nurseri dengan kerap dan amalan kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin atau pergi ke tandas .

Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organisation,WHO) menyarankan pelalaian imunisasi Rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.

Di Malaysia , walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan Rotavirus ini masih boleh di dapati di klinik atau hospital swasta.

Vaksinasi dalam bentuk cecair yang perlu diminum boleh di beri pada bayi seawal usia enam minggu.
Terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di Malaysia iaitu ‘RotaRix’ dan ‘RotaTeg’. Pemberian vaksin adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.


Saturday, September 24, 2016

Jubah NEW dan Preloved Untuk Di Jual


Assalamualaikum...
Ada jubah NEW dan Preloved baru pakai sekali untuk di jual murah.. dari tersadai dalam almari baik kita jual. 

Jubah dalam good condition. Harga inc postage :)




Abaya Dubai baru pakai sekali, 
Jenis kain: Satin Arab
Saiz: XL 
Harga: RM150 inc postage


New! 
Jenis kain : Cotton
Saiz: XL 
Harga: RM70 inc postage


New! 
Brand Fleur by Mrs Him
Saiz: M 
Colour: Maroon 
Jenis Kain : Dull Satin
Harga: RM130 inc postage


Abaya Dubai 
Saiz: M princess cut
Harga: RM200 inc postage


Primavera Shoe 
Colour: Grey
Saiz: 4
Harga: RM100 inc postage


SEmua dalam keadaan baik! Sapa cepat dia dapat..

Berminat boleh contact:
no HP: 0173945948 (LIza)




Friday, September 23, 2016

Semangat Buat Kek Dengan Pensonic Oven Chef Ismail


Jalan-jalan pasaraya TF ternampak promosi Pensonic Oven Chef Ismail ni dengan harga RM109! murah oiii!! rugi la kalau tak grab!

Semangat bertambah lagi sebab nak buat biskut raya dan kek masa bulan puasa hari tu..





Specifications of Pensonic AE-19N 19L Chef 's Like Electric Oven White
What's in the box:
  • 1 x Pensonic AE-19N 19L Chef 's Like Electric Oven White
  • 1 x Tray
  • 1 x Tray Handle
  • 1 x User manual 
  • 1 x Warranty card
General Features: 
SKUPE354HABJ6RGANMY-1752172
ColorWhite
ModelAE-19N
Size (L x W x H)44 x 34 x 28.6
Weight6.5
Warranty period1 Year
Warranty typeLocal Supplier Warranty


Mudah, senang nak buat kek dan biskut raya serta panggang memanggang dengan adanya oven ni.. salah satu mama stuff berjaya mama dapatkan! yeyyy!!


Wednesday, September 21, 2016

Resepi Kek Pandan Cheese





Resepi Kek Pandan Cheese


Bahan-bahan
3 biji telur gred B
1 sb ovalate
1 sk esen vanilla
1 cawan gula (tak nak manis kurangkan )
1 sk perisa pati pandan
1-2 titik pewarna hijau
1/4 susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1sk baking powder (ayakkan)
1/4 cawan minyak

Cara-cara
1. Mixkan telur+gula+esen vanila+perasa pandan+pewarna hijau sampai gebu.
2. Cedok pakai sudu sikit adunan jika tak jatuh masukkan susu cair.
3. Mix lagi masukkan pula tepung sikit-sikit sambil slowkan volume mixer
4. Mix sebati last matikan mixer
5. Masukkan sikit-sikit minyak ke dalam adunan kapu balik sahaja
6. Panaskan kukusan, isi adunan dalam loyang 8cm yang dah di sapu minyak
7. Kukus 40 minit siap biar dalam kukusan 5 minit terbalikkan di redai
8. Bila sejuk baru keluarkan



Topping

1. 1 cawan cream cheese
2. 1/4 cawan susu cair
3. 1/2 cawan susu pekat
4.Mix sampai pekat tuang atas kek yang dah sejuk
5. Parutkan cheddar cheese di atas kek
6. Siap



Cheese meleleh! sedapppp!!





Tuesday, September 20, 2016

Review: Train To Busan


Best sangat ke filem ni??

Kat facebook ramai rakan-rakan share movie ni.. kita pun secara tak langsung pun download lah..Nak menonton wayang memang tidak la dengan anak anak yang masih kecil lagi..




Sinopsis Filem Train To Busan

Filem "Train To Busan" bermula apabila seorang anak hendak berjumpa ibunya di Busan. tetapi ayahnya sibuk bekerja. Akhirnya sebagai hadiah hari jadi ayahnya tunaikan janji membawa anaknya ke Busan. Dalam perjalanan keretapi ke busan seorang wanita telah di jangkiti virus zombi terlepas masuk dalam keretaapi tersebut.

Wanita yang terkena virus itu menjadi zombie. Merasuk dari satu orang ke satu orang. Satu gerabak ke satu gerabak terjangkiti. Akhirnya hanya dua orang yang selamat iaitu seorang wanita mengandung dan budak tersebut atas pengorbanan seorang ayah dan suami. Mereka berdua sampai ke Busan dan terlepas dari terkena tembakan oleh pihak tentera apabila budak kecil tu menyanyi. (pihak tentera menyedari mereka adalah manusia)

Banyak punchline dalam filem ni iaitu pengorbanan lelaki tua gelandangan. cinta antara pasangan pemain baseball. sikap pentingkan diri "pengarah". 


Ini bukan cerita seram tapi sarat dengan cinta dan pengorbanan

Korang yang dah tengok Train to Busan.. berapa bintang korang bagi??




Monday, September 19, 2016

Hitam Merah Kabinet Dapurku


Lama memikirkan warna apa sesuai untuk kabinet dapur rumahkusyurgaku tu.. google, search, tengok group deko last-last pilih merah hitam la sebagai pilihan hati..

rumah daku dapur memanjang. so tak dapat la nak pisahkan buat wet dan dry kitchen.. so sini lah dapur kering..sini la memasak.. sini lah membaking..



Hitam merah nampak lebih elegant lebih lebih lagi ianya 3 Glasses. fully kaca! table top konkrit panjang 12'x10'




ada rezeki lebih boleh la beli peralatan atau perkakas warna merah.. baru ngam!




itu saja.. nak tengok progress buat Kitchen Kabinet ni klik link Kabinet Dapur ini..




Friday, September 16, 2016

Alfatihah Tuan Guru Dr Haron Din


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون....

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu"

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah ....

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Amin...


Wednesday, September 14, 2016

Resepi Rendang Kerang


Cubaan kali kedua buat lepas raya aidilfitri.. kali ni pakai cili padi merah.. lebih pedas.. dan semestinya sedap. Mak mertua lalu kat sebelah pun tak pandang...Kikiki




Bahan Kisar :-

1. 5 sudu cili kering/ cili boh
2. 10 tangkai cili api merah
3. 1 biji bawang besar dan 3 biji bawang merah kecil
4. 5 ulas bawang putih
5. Sebesar ibu jari Halia
6. Sedikit Lengkuas
7. 3 batang serai

Lain lain

1. Kerang 1 kg (beli dah siap kopek)
2. 2 keping asam keping/ air asam jawa pun boleh
3. Daun Kunyit (hiris halus)
4. Daun limau purut hiris
5. Kerisik
6. Santan 1 kotak
7. Sedikit gula dan garam

Cara-caranya

1. Masukkan minyak secukupnya..Tumis semua bahan kisar hingga garing
2. Bila lada dah kering masukkan santan, asam keping biar sampai mendidih,
3. Dah didih, masukkan kerang sehingga agak-agak empuk. kalau lama kerang liat
4. Kerang dah masak, Perasakan dengan garam gula
5. Masukkan kerisik. Sebatikan hingga kering.
6. Taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau perut. Gaulkan sebati.




rendang kerang by azizah kitchen,, nyummm!!


Monday, September 12, 2016

Salam AidilAdha


Alhamdulillah selesai dah ibadah qurban untuk adik pagi tadi.. kami anak beranak jadi wakil tengok lembu tersebut. untungnya lagi rumah makayah depan surau je. 

Awalnya pagi tadi hujan.. dalam jam 10am baru la panas dan dapat mulakan upacara penyembelihan lembu.. kesemua ada 6 ekor lembu..



inshaaAllah ada rezeki tahun depan nak masuk untuk kami anak beranak pula.. Amin..
macam mana aktiviti raya haji korang?




Sunday, September 11, 2016

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016



اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
....人
.. ( ◎)_________人
..║ ∩║____.-:''''''"''";-.
..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_ ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║


Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan..





Salam Aidil Adha buat semua pembaca blog Cik Azizah,, fan page Zahwa Shoppe dan IG Zahwa Shoppe..



Kehebatan Doa Pada Hari Arafah


Lebih kurang 5.15pm waktu Malaysia adalah waktu Wukuf di Arafah. Manfaatkan waktu ini dengan memperbanyakkan doa..


Rasulullah saw bersabda

"Sebaik-baik doa ialah doa yang dibuat pada hari Arafah".
(Tirmizi)





Terkait dengan terkabulnya do’a pada hari Arafah, seorang soleh berkata:

“Demi Allah, aku tidak berdo’a dengan suatu do’a pada hari Arafah, dan belum sampai genap satu tahun, kecuali apa yang aku pinta telah aku saksikan sebagai kenyataan seterang terbitnya fajar.
Imam Al-Ghazali berkata:
“Sesungguhnya, jika Allah SWT mencintai seseorang, maka Allah SWT akan mempergunakannya di waktu-waktu fadhilah (utama) dengan amal-amal yang fadhilah (utama) pula, dan pertanda bahwa seseorang tidak disukai Allah SWT adalah bahwa orang itu mengisi waktu-waktu utama dengan amal-amal yang buruk!!”. (Ihya’ Ulumiddin [1/188]).

Berdo’alah dengan penuh kekhusyu’an dan keyakinan (kemantapan) yang sempurna kepada Allah SWT bahwa akan dikabulkan.

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan umat Islam kesemuanya dari beeputus asa dan berpatah harap.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.




Saturday, September 10, 2016

Selamat Hari Lahir 3tahun





"Hai anakku Zulhakimi Zaim,
ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam dalamnya.
Bila engkau ingin selamat agar jangan karam,
layarilah lautan itu dengan sampan yange bernama TAKWA,
isinya ialah IMAN dan layarnya adalah TAWAKAL kepada Allah. "

Semoga engkau menjadi anak yang soleh.. taat perintah Allah dan Rasul.. dengar kata mama dan papa..
Semoga engkau beroleh kejayaan menjadi pemimpin yang bijaksana di dunia dan di akhirat..
Mama,papa dan seluruh keluarga sangat menyayangi mu hingga ke akhir hayat...

Selamat Hari Lahir 3 Tahun
10september@8.29pm

Love,
Mama azizah green line

Thursday, September 8, 2016

Tabiat Suka Bau Sabun Selepas Bersalin





Sejak dua tiga bulan selepas bersalinkan anak kedua daku si zahwa tu.. daku perasan punya tabiat suka bau sabun..

Bayangkan masa mandi, sabun buku yang macam lux tu daku akan bau berkali kali sabun tu! Macam dapat satu kepuasan.. hahahaha!

Seingat masa hakimi tak pula begini.. ni bila bersalinkan zahwa punya tabiat begini.. normal ke begitu eh?

Korang yang ada pengalaman boleh share sikit tak...

De'Sterling Perfume Wangian Tahan Lama



Thanks to my friend sebab dia perkenalkan #DeSterlingPerfume ni. Macam tahu2 je perfume dah nak habis. Ni sekali bau terus jatuh cinta tau!

Benda baik harus di kongsi bersama kan? takkan nak pakai sorang sorang.. gitu.. Okay kt sini jijah nak review pasal #DeSterlingPerfume yang mmg awesome. Bau perfume yang tahan 8jam-12jam!

Sikit info #DeSterlingPerfume



35ml, women : inspired gucci flora & chloe
35ml, men : inspired issey miyake & aqua di gio

Harga perfume yg sgt berbaloi. 

RM 59.90 SM & RM 65 SS
Juga ada dlm bentuk miniature (siap card, sesuai utk wedding,gift dll), 
4ml = rm10



Jadi apa tunggu lagi...

Contact : Sya 0173041731 / 
            Aieda +60 13 644 4284




Wednesday, September 7, 2016

Tudung Jururawat Ada Jual Di Sini- IG Zahwa Shoppe


Tak lama lagi staffnurse baru nak posting kerja.. mana-mana bakal staffnurse yang nak cari tudung kerja atau item nurse lain tu boleh la beli dengan akak.

Sebab akak pun nurse..akak tahu apa yang nurse cari..


tudung soft awning dan tudung bawal

tudung soft awning


tudung hard awning dan tudung bawal


Contoh tudung soft awning


Contoh tudung awning staffnurse


tudung bawal JM atau Jururawat Masyarakat

tudung jururawat pergigian

tudung soft awning dan tudung bawal jururawat DSA


tudung awning jururawat DSA (Dental Surgery Assistant)


Tudung Bawal Staffnurse, JM, Dental RM17

Tudung Soft awning staffnurse, JM, Dental saiz M RM18
Tudung Soft awning staffnurse, JM, Dental saiz L RM20
Exc postage




Tudung jururawat OT 
Tudung bawal RM10
Tudung Soft awning OT RM15
Tudung Awning RM18
Exc postage



Cap Untuk Staffnurse dan JM
RM18 exc postage 



Inner Snow Cap
RM10 each exc postage



Untuk order, 
Whatsapp 0132378013 



Monday, September 5, 2016

Menang Kit Bijak Menabung



Alhamdulillah menang giveaway Kit Bijak Menabung yang blogger diana rashid anjurkan di facebook baru baru ni..
Rezeki anakanda zulhakimi juga..

Budak excited dapat tabung..



Kalau korang nak tahu..Kit Bijak Menabung bukan sekadar tabung tau tetapi lebih kepada mendidik anak-anak kita untuk mengurus wang mereka sendiri dengan lebih baik dari sebelumnya.






Kit ini mengandungi

1. Sebuah Buku Panduan untuk ibu bapa
2. Satu set 3 buah tabung iaitu SIMPAN, SEDEKAH, BELANJA
3. Satu set 4 buah buku sebagai panduan untuk anak-anak
4. Carta Upah Magnetik untuk merekodkan jenis pekerjaan dan jumlah upah yang sesuai untuk diberikan secara mingguan
5. Pelekat / Stiker yang bersesuaian


Menariknya kan.. Alhamdulillah rezeki hakimi dapat hadiah ni..tq blogger diana pilih saya sebagai pemenang!!

Friday, September 2, 2016

Nur Zahwa 7 Bulan



2.9.2016
Nur Zahwa
(Cahaya kecantikan dan kecerdikan)
7 Bulan

Alhamdulillah.. si comel cilik ni sudah menjangkau usia 7 bulan..semakin sihat. Semangat. Comel dan cerdik..

Tak susah menjaganya.. menangis apabila lapar dan nak tidur..

Perkembangannya sangat cepat berbanding si abg hakimi apa taknya 5 bulan dah merangkak.. 6 bulan dah duduk dan sekarang dah berpaut nak berdiri :)

Alhamdulillah..
Semoga terus sihat..kuat dan cerdik anak solehah nur zahwa.. kami semua sayangkan kamu..

Virus Zika Tanda Dan Gejala


Pada sesiapa yang ingin mendapatkan zuriat, dicadangkan hasrat tersebut ditangguh dahulu. Gunakan kaedah perancang kehamilan buat masa ini. Mungkin agak sukar khasnya kepada pasangan baru berkahwin. Namun secara peribadi ia untuk menimbang kekhuatiran yang ada mengenai Zika ini..



Apabila seseorang ibu mengandung atau didapati mengandung dalam keadaan dijangkiti virus Zika, virus tersebut akan menyerang janin didalam kandungan. Kesannya, bayi didalam kandungan berisiko tinggi menghidapi microcephaly. Iaitu saiz otak yang lebih kecil dari kebiasaan. Bayi yang menghidapi microcephaly, dikaitkan dengan pelbagai masalah ketika membesar kelak. Antaranya seperti masalah sawan, dwarfism (kerdil), kegagalan untuk bertutur atau melakukan aktiviti-aktiviti seperti memegang, berjalan dsb.


Tanda dan Gejala



✔ Demam biasa yang tak terlalu tinggi suhunya
✔Ruam ruam badan
✔Pening kepala
✔Kurang selera makan
✔Muscle,joint pain
✔Mata merah



Langkah Pencegahan

✔ Banyakkan memakai pakaian labuh atau lengan panjang agar dielakkan dari digigit nyamuk. Elakkan pakaian berwarna gelap kerana pakaian gelap menarik perhatian nyamuk aedes. 

✔Pastikan rumah anda dilengkapi dengan ubat nyamuk atau kelambu.

✔Elakkan keluar dari rumah pada waktu senja/maghrib contohnya ke pasar malam atau kedai makan dsb.

Pencegahan kepada Zika ini bukan perkara baru. Zika tetap disebarkan melalui vektor nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes pula, bukannya benda baru di negara kita. Kita tahu, nyamuk Aedes membiak di persekitaran yang kotor dan bertakung air.
Spesis yang sama menyebarkan denggi, turut menyebarkan zika.

Denggi itu boleh membunuh. Manakala Zika, merosakkan zuriat. Marilah kita sama-sama membersihkan persekitaran rumah kita dikhuatiri ada sarang-sarang Aedes yang mendedahkan kita kepada risiko Denggi dan Zika ini.

Cegah sebelum terlambat!.

Tiada Aedes, Tiada Denggi, Tiada Zika.

Thursday, September 1, 2016

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Kini Berwajah Baharu



Bahagian intim wanita merupakan aset paling penting bagi setiap wanita. Jika ia tidak di jaga akan menyebabkan ketidakselesaan, berbau dan mengalami jangkitan. Suami pula makin menjauh....

Maka dengan itu,
SUMBER AYU akan mengatasi masalah-masalah anda..



MEMPERKENALKAN PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
DENGAN FORMULASI DIPERTINGKAT & BERWAJAH BAHARU!

~ Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat~

Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan. 



Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.


·         Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid– Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

·         Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis

·         Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

·         Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

·         Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

·         Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Fruity– Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.


Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun SirihSUMBER AYU boleh didapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.