Sunday, June 11, 2017

Pengalaman Bersalin Normal Anak Ketiga


Alhamdulillah.. syukur sangat bersalin anak ketiga ni di permudahkan oleh Allah. Bersalinkannya sangat senang, mudah, progress yang cepat, tanpa ubatan dan paling penting takde koyak mahupun jahit!

Actually ikut period due 25 Mei tapi bila scan jadi 4.6.2017. so mana-mana pun boleh. Konon nak anak lahir sama birthday 24hb so start aktiviti untuk natural induce antaranya makan nenas, squatting, ketuk ketampi, jalan itik, minum air hujung rambut, makan bendi, turun naik tangga dan tawaf satu mall..  tapi tak juga dia keluar.. So daku pasrah je lah. 

Ahad 28 Mei 2017, 2 Ramadhan

Gigih bekerja sampai lah hari Ahad 28 Mei 2017. Sempat sahur. Masa ni syif pagi, hati rasa berat mak pergi kerja.. nak EL atau MC tapi takde alasan kukuh.

sampai tempat kerja dah rasa lain macam, ke hulu hilir jalan. rasa tak selesa perut minta kawan sekerja  tolong kira contraction. rupanya 2 in 10!!

atas nasihat kawan2 daku pun call suami suruh jemput untuk ke HTJS. hantar anak-anak kat rumah mak, buka puasa minum milo+planta untuk tenaga dan melicinkan bukaan. 

Sampai Hospital Tuanku Jaafar (HTJS) daftar kat PAC, ambil urin dan cek contraction. Doktor cek VE baru 2cm. Kena lah admit ward tengahari tu.



Waktu melawat 4.30pm-7pm

Suami temankan jalan-jalan sekitar wad. tengok tv dalam masa yang sama contraction tetap datang on & off. habis waktu melawat suami nak buka puasa kat luar dan nak balik PD sekejap. ok lah benarkan, tapi tetap pesan dengan dia cepat2 datang takut malam bersalin.

10.30pm

Sakit contraction makin kerap, tak senang duduk, baring, berguling guling atas katil...sambil restless sambil berzikir, doa nabi yunus tak putus-putus. whatsapp suami, dah dalam perjalanan.. ok la boleh tahan contraction ni sampai suami datang.

11pm

Suami sampai, serius memang tak tahan sakit gila!. suami panggil nurse minta kira contraction, nurse datang suruh buat VE. Sekali buat VE dah 6cm kauu, dengar juga doktor cakap dah rupture!! kelam kabut nurse bawa strecther nak tolak ke labor room. suami dah tunggu kat labor room.

11.30pm

itu ini pasang branula, ambil darah, masuk drip, pasang CTG. sakit contraction. doktor cek VE dah 8cm, pecahkan air ketuban terus fully 10cm.

suami masuk labor room.. nurse cakap puan kalau nak teran, teran je yer..teran tarik nafas sambut tarik nafas lagi push.  tak tahu bape kali push dah.,

11.43pm

rasa nak give up tapi suami tetap bagi semangat akhirnya keluar juga anak soleh Zul Haadziq tu pada jam 11.43pm seberat 3.02kg tanpa jahit!.yang pasti tak angkat punggung masa push. then suami azan dan iqamatkan Zul Haadziq kat situ juga sambil nurse buat kerja, doktor keluarkan uri.


2 pagi

Dah boleh masuk ke wad.
Keesokan tengahari dah boleh keluar hospital!




Zul Haadziq
28 Mei 2017 @ 11.43pm
3.02kg


Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan bersalin kali ni,. sangat senang dan cepat!


Terima kasih kepada semua doktor, para jururawat di PAC HTJS, ward 3A serta Labor Room bilik 10 yang conduct kita malam tu..


Terima kasih atas layanan baik. bagi semangat ketika kita sakit nak bersalin. suami pula dapat temankan sama. Jasa baik kalian hanya Allah mampu membalasnya.. teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik!


Bersalin di Hospital Tuanku Jaafar memang terbaik, wad dan Labor room yang selesa! sangat recomended bersalin kat sini :) Alhamdulillah...




4 comments:

  1. alhamdulillah dipermudahkan je bersalin.tahniah mama anak tiga

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..mudah urusan jijah bersalin kali ni. nanti ada masa melawat si kecil ni pula :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah yunk...insyaalah ada masa satu ari nanti kita jumpa ye.. :*

    ReplyDelete
  4. da nak masuk 2 bulan dah.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!