It's My Convocation dear 30.10.10!

8:54:00 PM 4 Comments A+ a-


Salam kalian....

Hari ini 30 okt 2010 hari paling BESAR bagi daku! Syukur daku da tamat belajar selama 3tahun walaupon hanya peringkat DIPLOMA dulu...hikhik Syukur...Daku ditemani dengan seluruh keluarga termasuk keluarga abang yang mahu melihat daku naik ke pentas mengambil sijil DIPLOMA yang lengkap memakai jubah hitam merah bersalaman dengan Pro-Chancellor MAHSA UNIVERSITY COLLEGE :)

Majlis bermula perbarisan para graduans melangkah masuk,nyanyian NEGARAKU dan ucapan daripada Pro-Chancellor...Saat mendebarkan dengan berbaris menunggu giliran mengambil sijil...sangat gemuruh! Arghhh...xsuka perasaan itu! slow motion gler daku berjalan atas pentas...apa tak nyer da r jubah bosar,topi plak nk jatuh...aduhai keno la daku berhati-hati dengan langkah lenggang lengguk nyer...alahai jijah~~


gamba daku atas stage amik sijil...maaf la dari jauh...ihsan dari my sis :)


dan tamat la 4th convocation MAHSA UNIVERSITY COLLEGE 2010. Dan gamba seterusnya daku bergamba di luar dewan...Oh lupa plak daku konvo di PICC PUTRAJAYA! Best! Cantiknyer Bandar PUTRAJAYA! hikhik...jakun!

more picture from me....layan laaaaaaahhh..... :)


graduan from MAHSA UNIVERSITY COLLEGE, DIPLOMA IN NURSING!


bangga woooo!!


me with beloved family :)

mak dan ayah yang byk menyokong selama 22tahun ni.


keluarga abg yang turut hadir meraikan..Terima kasih byk2 abg!


grrrrr...........daku geram dengan budak montel bawah ni!! grrrrr...




I'm so happy today...Semoga daku dapat berkhidmat dengan negara dalam bidang kesihatan dengan yg TERBAIK!...doakan daku ya kalian....

Mekasih kalian sudi meluangkan masa membaca entry konvo daku ini!


Tadaaa....(^_-)

Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran (with...

3:46:00 PM 0 Comments A+ a-

halooo kalian.........


harini nak kongsi lagu best.....

hmm...nice song..i likes!!
lagu yg menasihat para remaja sekarang yg kemaruk bercinta..hehehehe
jom layan.......zassss!!


Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x










hadiah untuk jiwa yang bersedih

8:10:00 PM 0 Comments A+ a-



Hadiah tuk jiwa yang bersedih...

Tersenyum dan lupakan semua gundah dihati
Mencintailah dalam hening dalam DIAM

Tak perlu kau Lari
Tak perlu kau Hindari
Jangan kau sikapi dengan berlebihan
Jangan kau umbar rasa mu
Jangan kau tumpahkan segala suka mu

Sedarilah gadis.. fitrah kita sebagai wanita adalah " PEMALU "


Kau indah kerana sifat MALU mu

Lalu.. masihkah kau tampak menawan jika rasa malu itu telah di nafikan,..???



ermm......

Jangan berselimut dengan airmata coz semuanya telah berlalu.. jika pun merasa bersalah mohon ampun dengan segera kerana tugas kita bukan tuk menyesali dan menagis.. setiap ujian akan membuatmu tampak dewasa dalam memaknai hidup.. tak ada resepi untuk wujudkan kesuksessan, sbb KESUKSESSAN adalah hasil dr persiapan, kerja keras... dan kesediaan belajar pada KESALAHAN..



ALLAH sangat menyayangi DAKU,.. kita semuanya..

Syukur . . syukur . . . .

Syukur Ya Allah . . . . .

Syukur ALHAMDULILLAH....

sebab mengapa mata lelaki gemar melihat badan wanita/kaum hawa sila ambil perhatian

7:47:00 PM 3 Comments A+ a-


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…





wasalam………………….

print slip gaji??

2:37:00 PM 0 Comments A+ a-

salam kalian..........

bertemu lagi pada hari ahad yg indah ni...
pada entry daku kali ni....
daku agak keCONFUSEan la...

betulkah mulai gaji OKTOBER ni kena print slip gaji sendiri??

daku dapat tahu dari jabatan daku yang mulai gaji bulan OKTOBER ni
slip gaji tidak di keluarkan lagi........
aiya...........xsuke la macam ini wooo.....
lau daku nak slip gaji daku kena g laman web www.anm.gov.my
then klik e-penyata gaji & laporan
klik untuk kali pertama mendaftar
dan ikut arahan selanjutnyer....
dan print gaji bulan berapa yang kita nak...

kena print slip gaji 1 hari sebelum gaji...
contohnya esok gaji kerajaan 25/10/10
so arini da boleh print ye kalian.....
yahoooooooooo!!! Besok gaji!!!

tahniah2......

~SELAMAT MENCUBA KALIAN~


Demam denggi!

6:11:00 PM 0 Comments A+ a-

salam kalian....

hari2 ade je kes denggi admitted kat wad daku
kalian jangan amik ringan ya sekiranya
kalian didapati demam,sakit kepala dll
dan ini sememangnya peratusan demam denggi
makin meningkat sekarang ni...

kalian tahukah apa yang leh mengatakan kalian ni menghidapi demam denggi??
suhu badan kalian terlampau panas >38 darjah??
kalian mengalami bintik2 merah di seluruh badan??

xpasti???
jangan ambil mudah.....
demam denggi boleh menyebabkan maut!!!!!!



Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk.Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

klik untuk TUMBESARAN!

  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.


Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.


Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

  • Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
  • Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.


Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

klik utk TUMBESARAN yg sihat

Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

  • Kadar kematian amat rendah.

  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)


Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.


Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Komplikasi demam denggi ialah:

  • Demam Denggi Berdarah.

  • Sindrom Renjatan Denggi.


Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

  • Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan.

  • Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.


Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

  • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

  • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.

  • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.


Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:

  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.


Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:

  • Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.

  • Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk

    aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.

  • Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia m

    endapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.



Apakah prognosis bagi demam denggi?

Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.



Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri kalian dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Kalian juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang kalian dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga



Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Kalian boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Kalian juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan kalian dan keluarga dari digigit nyamuk.



tensioooooooooooonnnn!!

10:42:00 PM 0 Comments A+ a-

perghh.........tensionnn!!!
ramai tol baby jaundice(kuning) admit ward!!
musim ke agaknyer.......
ni mesti xjemur baby pagi2 kat cahaya matahari....
hahahaha
dengan kanak2 AGE la...dehydration la...
fever....asthma la.....aduyai!!
wad semakin penuh...........tension!!!


sekian terima kasih!

Omelan Sang Jururawat

8:01:00 PM 4 Comments A+ a-





"ish...tak ingin daku jadik 'nurse'.Pegang tahi org sakit!"





hurmmmm...kadang-kadang daku terasa bagai termakan kata-kata sendiri. ha!ha!ha!padan muka. kini...sekarang daku bergelar seorang jururawat. mungkin Tuhan mahu daku mengerti dan belajar perasaan menjadi seorang yang bergelar JURURAWAT..

mulanya,profession ini daku pilih sebab 'last choice' dan pastinya bukan di sebabkan minat..tapi,bila mendalami bidang ini..daku mula jatuh cinta..dengan profession ini, daku belajar banyak perkara..kerana daku berhadapan dengan banyak ragam manusia..bukan setakat ragam pesakit tapi juga para doktor..

cuma kadang-kadang terkilan dengan sikap sesetengah orang, menganggap jururawat sebagai "amah" dalam hati ingin mengatakan "tak guna kau!kau ingat kau tu siapa??" tapi sabar mengatasi niat dihati..tak sampai hati mengatakan hal sedemikan..mungkin dia tidak berniat, sebab dia dalam keadaan sakit..

kadang-kadang berdepan dengan manusia yang.."saya bayar maaa...saya punya suka laaa" dalam hati ingin mengatakan "kau bawa mati lah tu duit kau semua!" tapi dalam masa yang sama kesian juga..mungkin dia tak tahu polisi-polisi,syarat-syarat yang dia tak boleh beli..hurmmmm

tapi,pernah juga air mata daku menitis...menyaksikan isteri meninggalkan si suami,anak bongsu meninggalkan keluarga pada hari jadi nya,terharu melihat kegembiraan seorang lelaki akan bergelar ayah...kadang sedih melihat seorang nenek tua tiada berteman...kadang menyampah bila melihat lagak anak-anak tak ingin menyentuh pakaian ibunya sendiri yang dibasahi air kencing "what the hell?".

ketika memberi bantuan kecemasan, daku sering berdoa "Ya Tuhan,kembalikan lah nafas nya" membantu sedaya mungkin...biar pun badan sendiri sakit gara-gara "chest compression" & "bagging" tapi adalah satu kepuasaan kalau melihat 'DIA' selamat...dan turut bersedih jika Tuhan lebih sayangkan nya...

para doktor? ada banyak spesis dan yang peliknya,jururawat terpaksa menghafal setiap habit,ragam,apa yg di sukai dan di benci oleh sang doktor..para doktor ni baca buku yang sama tapi dengan cara masing-masing...haishhhhh...ada yg beri arahan hanya sekali,di tanya kali kedua-melenting! hish...pasang recorder baru tawww...."tulisan Doktor"???? aduiiiii...mmg payah.hanya beberapa sahaja yg memiliki tulisan yang boleh di tafsir..bak membaca tulisan zaman purbakala..kalau ada penafsir tulisan,kan baguss..ada yang asyik nak cepat..ntah apa yang di kejar..kadang-kadang ada yang tak reti bahasa..tapi,siapalah jururawat di mata doktor?? pembantu jerrr...ingat dia sorang saja yang patut difahami? tapi bukan semua doktor mcm tuu yaaa...



apa-apa pun hanya jururawat faham perasaan seorang jururawat.




Bajet 2011- Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi

4:48:00 PM 2 Comments A+ a-





holaaaaaaaaa.............
bajet 2011 sudah di bentangkan oleh PM....
ape eh isu2 yg telah d bentangkan yg menarik minat daku??


Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah ~ wah best2....rasa2 daku berpeluang dapat 500 tu x..??

15.2 billion ringgit di peruntukkan untuk membina hospital baru, menambah bilangan doktor & jururawat serta mendapat bekalan ubat dan peralatan perubatan ~ ya...ramai ag jururawat swasta masih mencari2 pekerjaan...sian dorg xde keje ag....

Guru KAFA dinaikkan ke 800 ringgit sebulan berbanding 500 ringgit ~ ini bagus

Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini ~ sgt sokong la cuti bergaji 3bulan..ibu dapat byk meluangkan masa dengan anak..isu2 pengasuh umah n gejala sosial dpt dbendung mgkin..

Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan muda) ~ bagus dapat la kakitangan kerajaan beli umah sendiri...ade la peruntukan..



P/s ~~ untungnya orang kakitangan kerajaan......untung besar....
paling suke cuti bersalin 3bulan tu....alamak bile plak nk kawin ni?? huhu
whatever pon....kerja la baik2 ya misi azizah~ wakaka.....:P

overdose OCP

4:17:00 PM 0 Comments A+ a-


salam kalian...

jumpa lagi kalian entry kali ni...
hari ni daku syif am 7am-2pm
pe yg berlaku pada harini...
daku terima admission kes OVERDOSE OCP...
OCP???
spell for what??? hahahaha

jeng..jeng...jeng....
OCP spell 4 ORAL CONTRACTIVE PILLS
dalam bahasa nya bmakna PIL PERANCANG KELUARGA....



kalian pernah tgk kan?
  • pil ni untuk merancang keluarga...
  • xnak pregnant
  • menjarakkan anak
tapi berlaku sebaliknya......

kanak2 ini..admitted case dr A&E hospital ke wad...
kanak2 berusia 1tahun ....kanak2 girl...
comey sgt2...berbangsa cina...

tertelan ke..sengaja telan ke...ntah ler....
tp dpt gak la telan 5biji pill..hish2....

kalian tgk la sendiri pil nya kecil,comel je...d sangkakan gula2...
last2 masuk dlm mulut...




pill ni macam gula2??

nasib baik ibu cepat bertindak n anta ke hosp kecemasan
then d tahan ke wad untuk observation..
nasib baik xde ape2 berlaku...
just doktor suruh observe sign n simptom loya,muntah je...
so far xde la....

dalam hal begini siape perlu dpersalahkan??
ibu ke..kanak2 itu sendiri??

semua perlu ambil peranan....
  • jgn biarkan pill merata2 tempat
  • kanak2 mula memerhati n ambil
  • menyangkakan candy/gula-gula
  • tempat dtempat yg selamat dan tinggi xkira ape jns ubat

p/s sayangi la anak kalian ya...mereka la harta plg berharga dlm dunia ni...
kerana kecuaian kalian....anak-anak jadi mangsa...

sekian........


inilah namanya CINTA

9:30:00 PM 2 Comments A+ a-



dear abang,


ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?


harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?


tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah


sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..


kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..


kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri


kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada


kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak


paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


love,
ayang






Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan
apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta..


*sumber dr facebook Mohd Najib*

PETUA AWET MUDA

8:42:00 PM 0 Comments A+ a-


PETUA AWET MUDA

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.



sekian (^_-)

Wanita ibarat Epal.

8:34:00 PM 0 Comments A+ a-


Wanita ibarat Epal.





Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.





Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.





Susah di petik, susah di gapai.





Terkadang epal itu risau,
kenapa la diriku belum di petik?





Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.





Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.





Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.





Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?





Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)

Dedikasi Buatmu.......

1:08:00 PM 0 Comments A+ a-



sy MALAS, awk suruh RAJIN,
sy DEGIL, awk MARAH,
sy SENYUM, awk lagi la SENYUM,
sy GURAU, awk GELAK,
sweet sgt waktu tu...
tp nanti lau sy TIADA,
jgn lak awk ikut sy PERGI..
juz DOA dlm hati n INGAT kt sy..
da cukup nilai percintaan kita wat sy BAHAGIA selamanya...
awk jgn SEDIH, sy xnk AIRMATA awk menitis...
walau sebesar ZARAH.......

Happy birthday anakku 07.10.10..

6:26:00 PM 2 Comments A+ a-


muhammad haiqal danial
DOB~~ 07.02.2010
Happy birthday haiqal!
kini sudah berusia 8bulan...
yeah!!
cantik menarik ko mmg dabomb haiqal!!

:
:
:
v

nama Nabi Allah SWT...
pokok yang besar lagi subur
seindah namamu syg...
hiasilah dunia ni dengan kehidupan yang baik..
dengan amal ibadah membawa ke syurgawi..

haiqal
jadilah anak yg baik..
jadilah anak yang soleh..
doakan kedua ibubapamu
membesar la kamu dengan amalan yang baik
yg dapat memberi kebahagian pada kedua ibubapa kamu
balas jasa mereka kerana jasa mereka terlalu agung..

haiqal
mokde syg kamu...
syg sgt2...
sbb kamu begitu comel di dalam hati ni...
hakhak....

lebiu la muhammad haiqal daniel!!







wedding shafeeni dan ashraff

8:34:00 PM 7 Comments A+ a-

salam kalian....

harini daku xkeje....
awal-awal lagi da mintak cuti
sbbnya.............
daku dapat jemputan member baik kawin...
so....wedding die mmg xleh lau xg...
mmg di tunggu2 la.....hee

actually shafeeni+ashraff ni bekas peraduan GERBANG CINTA
anjuran paper UTUSAN MALAYSIA 2009 xsilap la...
utk kawin di sponsor......
sape yg rajin beli paper dorg tahu la....heee


ini la kawan baik daku nurul shaffeeni
masuk paper tu...cayalah feeni!!

pas je die bertunang...die terus intai peraduan ni,,,
nasib menyebelahi die tercalon dlm top 10...
top 10 pon berentap ag utk mendapat top3...
tp rezeki xberpihak pada dorg......
walaupon xmenang tp die dpt sponsor pon agak lumayan tau!!

(p/s) spe yg nak kawin sponsor try la peraduan gerbang cinta ni k..


wow!! engagement die pon da gempak gler!!
look gorgeous la feeni!!

sumpah xtipu!! mmg masa engagement die,die mmg cantik menarik!! jeles daku! heee

OK la....

~~Kompang dpalu pengantin baru..duduk bersanding tersipu malu..moga bahagia ke anak cucu...kami doakan moga berkekalan..selamat sejahtera hingga akhir zaman.~~

Tahniah pada Shaffeeni Ashraff Ashraff Azhari selamat di
ijabkabulkan 02/10/10..Selamat Pengantin baru..Selamat Pengantin Baru...

berbalik pada wedding die hari ni 03.10.10...
akad nikah die semalam 02.10.10
Tahniah lagi di ucapkan kepada pengantin baru ni....

tema colour perak,kelabu,grey dan sewaktu dengannya.....

berseri-seri pengantin baru ni...

time makan beradap..menyibuk gak nak take pic...
mmg cun la raja sehari!!
bagai pinang d belah 2...cayalah!!


P/s- daku ngah mencari-cari wedding planner n fotographer yg menawarkan tawaran hebat!!haha
prepare n standby..........wakaka :)
Doakan daku dan Hubby ya.... (^_-)