Thursday, October 31, 2013

Petua Mengurangkan Keguguran Rambut


Hakimi dah pandai main air liur sekarang.. berbuih buih... tapi cute tau! Orang lama cakap, kalau si manja kita dah pandai main buih dimulut, si ibu kena la berjaga2.. Sebab ibu akan mengalami masalah keguguran rambut. Sejauh mana kebenaran cakap2 orang lama tak pasti pula. 




Ini antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah keguguran rambut. Moga bermanfaat kepada sesiapa yang alami masalah keguguran rambut.

1. Guna daun lidah buaya,ambil lendir sapu di kepala.. Amalkan selalu .. InsyaAllah, rambut gugur akan berkurangan.

2. Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.

3. Ada juga yang menggunakan santan kelapa.. Santan kelapa boleh melebatkan rambut tapi why not kita cuba dulu kan.. Mana tau boleh atasi rambut gugur jgk.

4. Kulit tembikai pun boleh guna tau. Bila makan isi tembikai, jangan buang kulitnya. Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai sampai keluar air, then gosokkan pada kulit kepala dan ramas perlahan-lahan selama beberapa minit. Lakukan seminggu sekali.

5. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga kekuningan. tumbuk sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan 30 minit. cuci rambut seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu.



Rumah Sewaku Ada Water Dispenser



Masa suami balik ke Sabah lepas jijah bersalin dulu..
jijah suruh dia bawa balik water dispenser ni..
jauh kaoo beli dari semenanjung! huuu



air kat sabah kadang-kadang kotor warna kuning dan berkeladak
jadi dengan ada penapis ni dapat la tapis keladak tu dari di minum.. 
lagipun untuk kemudahan sebab ada air panas, air sejuk, air suam..
senang nak buat air minum.. hewhewhew :)
malas punya pasal nak jerang air.. muahaha :p


harga RM100 boleh la kan.. hehee


Wednesday, October 30, 2013

Mama Hakimi Yang Semakin Berisi.. Pheww~~


Berat sebelum jijah preggy 42kg.. sangat lah ringan kan u ollss.. huuu
bawah ni gambar sebelum jijah pregnant..masa ni konvo encik suami bulan 11..preggy bulan 12 :)


masa ni baru duduk sabah seminggu.. hehehe


masa ni pula jijah baru 46hari pantang (26/10/13) ... berat 45kg :)
nampak tak.. nampak tak yang baju tu dah fit!
dulu pakai longgar sikit kini pakai ngam-ngam jer! phewww~~
silap sikit je nanti dah tak muat! ahhh TIDAKK!! hahahaha


ohh jijah dah ada punggung! kohkohkoh
dulu pakai apa-apa baju kurung nampak sekeping je jijah ni..
sekarang ada la isi sikit.. muahahaha :p



p/s: orang kata jijah pas bersalin makin cun.. 
tengok badam ada kata macam anak dara..
eh betul ke?? tak nampak ke ada anak sorang tu...ngee~~




Tuesday, October 29, 2013

Hakimi Hisap Jari!!


Selama 48hari anak soleh hakimi lahir ni ada 2-3kali nampak anak soleh hakimi hisap jari...
sweet sangat kaoo!!



geram tengok anak soleh mama yang bijak ni!
tak puas cium berkali-kali... :)
mashamm pon wangi.. muahahaha :p


tengok! garu mata pula.. comel kaoo!
dah la pipi macam kuih pauu!
geramm dengan anak sendiri... muahahaha :p



Apple Learning Holy Quran


Apple Learning Holy Quran sangat menarik kaoo~
jijah nak biasakan hakimi dengan ayat-ayat Al Quran, doa harian, surah-surah lazim dari kecil lagi ni




ada 26 Doa Harian
16 Surah Pendek
ada Doa Solat
dan 6 Nasyid suara kanak-kanak

Menariknya lagi ada button projektor lampu tidur bentuk bulan dan bintang 

hanya guna bateri AAA
walaupun kecil sangat bermanfaat..
sebab apple ni sangat sesuai untuk kanak-kanak..
boleh digantungkan di leher, buaian, stroller ataupun dipegang..

serius seronok sangat! hehehe :)


Monday, October 28, 2013

Hakimi Ikut Mama Ke Kenduri Kahwin.. Hee~~


Weekand lalu jijah pergi majlis kenduri kawen kawan sekolah..
masa tu baru 46hari bersalin..pheww~~ 
 seronok jumpa kawan lama.. meriahh kaoo!!




tiga orang mak dara yang lain semua anak dara.. hehehe




ni mak dara.. hahahaha :) kawan jijah hiza ni anak dia tua sebulan lebih dari hakimi.. 
nama anaknya muhammad rizq.. mama jijah suka rambut rizq lebat dan pacakk!!


tengok la hakimi.. montokk betul!! 
bunyi lah kompang ke.. karoke ke tetap tidoo!!
kalau atas ribaan orang memang lena sampai senget aunty nadirah :)


memang seronok kan jumpa kawan-kawan sekolah.. banyak kenangan kita boleh ungkit balik.. seronok!
insyaAllah nextweek ada lagi dua wedding member.
mesti havooc lagi macam ni.. sukaaaaaaa!! hehehe :)



p/s: ramai member yang dukung kimi kata lenguh.. hahahaha :p
semangat anak soleh mama ni :)






Friday, October 25, 2013

Yeyy! Dah Habis Pantang! Hahaha


Yehaaa!! semalam adalah hari terakhir jijah berpantang... lepas ni boleh makan makanan sedap-sedap. jeless tau tengok orang makan sedap! hahaha :p

dalam pantang hari tu hari-hari makan bubur,sup sawi, ikan bilis.. rebus, grill, panggang...hukhukhuk mak sangat prihatin mesti dia hidangkan makanan jam 9pagi dan 6petang minum milo/susu anmum lacta/horlick.. jam 10pagi, 3petang, 9malam makan bubur+sup+ikan/ayam yang di panggang dengan air rebusan longan kering+kurma merah+kurma hitam. sampai sebulan je mak hidangkan. bila jijah dah sihat baru makan kat meja makan.. hikks :p

mak juga panaskan batu sungai atas api dan jijah pun bertungku di kaki dengan di lapik kain la..panas panas terasa menyerap di seluruh darah tu. best!

jijah mula mengurut lepas lima hari bersalin. tukang urut datang 3hari berturut-turut. di sebabkan bersalin pembedahan perut saja tukang urut tak usik! InsyaAllah sebelum balik sabah nanti nak urut lagi :)

awal-awal dulu jijah tak bengkung.. jalan pun terbongkok-bongkok..perut buncit dan lembik.. risau tengok! huu dalam rahim pun rasa bisa-bisa lagi yelah perut kena belah kan.. lepas je pakai bengkungmoden [baca sini] tu.. Alhamdulillah nak bergerak pun senang :)

mandi pun mak rebuskan air suam dengan bunjut herba mandian. sampai habis pantang mandi guna air rebusan herba tu.. panas-panas mandi best je rasa badan.

pilis,param pun jijah guna.. baru panas satu badan.. lepas habis suplement shaklee nanti baru nak makan jamu.. stokin,sweter, kain batik tu pakai sampai habis pantang.. kalau masuk angin.. bisa satu badan.. huuu~~



tapi pantang 44hari sudah tamat! tinggal pantang 100hari pulak.. walaupun dah tamat pantang tapi bab makanan jijah kena elakkan makanan sejuk dan berangin.. yelahh sakit dalaman kita tak boleh nampak.. nak-nak bersalin pembedahan.. ambil masa setahun baru pulih.. lagipun badan nak pakai lama haruslah pantang baik-baik kan.. baru anak seorang.. kena jaga betul-betul :)

dan paling syurgaaaa tak sabar nak keluar jalan-jalan dengan si kimi debob ni.. hahaha lama tak tengok dunia luar.. kaki ni gatal je nak pergi mana-mana.. hikssss :p


p/s: benda pertama nak makan ialah pizza! boleh ke tak ek... heee



Thursday, October 24, 2013

Hakimi Dapat Hadiah Buggy Stroller


Macam tahu-tahu je jijah mensurvey stroller hari tu.. 
Alhamdulillah dah ada rezeki stroller untuk anak soleh mama ni..




stroller buggy je uollss. 
mak sedara sepupu(kak zila) kimi kasi hadiah..syukur Alhamdulillah rezeki kimi.. 
mamanya sendiri pun tak belikan lagi..hohoho
so buat masa ni kimi tak boleh duduk lagi. so simpan dulu.
packing siap siap bawa balik sabah..
kimi dah besar sikit dah pandai duduk baru guna..

soo jimat duit mama beli stroller..
beli carrier saja lah untuk jalan jalan...weee~~



Wednesday, October 23, 2013

Jumpa Sudah Pil Pati Ikan Haruan


Sebelum ni kan jijah makan pati ikan haruan yang rasa tak sedapp tu..
sempat minum 1kotak 6botol jer.. hehehe

dan hari tu cari kat farmasi jumpa pil pati ikan haruan ni..



yess! terus telan je pil ni..
harap khasiat dia sama macam ikan haruan fresh atau pati ikan haruan tu..
legaaa sampai bila-bila pun boleh makan~~ hahahaa



Tuesday, October 22, 2013

Searching Baby Carrier!!


Masa pregnant dulu tak pernah terfikir nak berbabywearing... tu pasal bab carrier ni tak masuk langsung dalam checklist barang barang baby yang kena beli... hahaha noob betul! langsung tak tahu bertapa pentingnya baby wear ni! huhh

Banyak pilihan baby carrier kat pasaran macam Ergobaby, Baby Bjorn, Snuggbaby, Chicco, Boba 3G, Jumpsac dll. harga ada yang murah dan ada yang beratus ringgit.  Jijah ada 3 pilihan baby carrier yang nak di beli iaitu brand Ergobaby, Boba 3G dan Snuggbaby. tapi harganya semua 300++.. menangiss wei nak beli! tapi sumpah cun ya ampun!


Ergobaby


Stork by Snuggbaby harganya tak semahal Ergo atau Boba, tapi kualiti hampir sama! 
cuma tak bestnya sebab ada corak-corak tu je..


Boba 3G  pun smart!


woww!! comel kan kalau pakai gini.. memang smart! colour n design pon best. nak buat kerja rumah pun senang dengan adanya baby carrier.. lebih-lebih lagi dah duk sabah ni jijah selalu berdua je dengan hakimi. nak bawa dia keluar kemana mana pun senang lebih-lebih lagi pasar. tak perlu guna stroller. stroller kan berat dan besar nak bawa.. huu~ 

ikutkan banyak carrier yang murah.. nak je beli.. tapi sangat la tak selesa. pikirkan keselamatan anak juga kalau jatuh.. dan kaki anak tergantung. kesiann ke anak..




so kena la buat pilihan yang tepat! mahal pon asalkan anak selesa...huhuhu carrier pon dah sama harga dengan stroller.. parahhh!!


p/s; korang pakai baby carrier apa... cer citer..
ingat nak ambil Boba lah.. huuu~~




Monday, October 21, 2013

7 Adab & Kaedah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam


“Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
(Surah As-Syura ayat 49 dan 50)

Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat, antaranya:

1. Menunjukkan Rasa Gembira dan Ucapan Tahniah

Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah.

Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama’ iaitu: 
“Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”

2. Azan Serta Qamat Sejurus Selepas Kelahiran

Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
“Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” 
Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.

3. Hendaklah Di Tahnikkan

Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: 
“Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).

4. Mencukur Rambut

Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda:
“Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”
Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan pancaindera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.


5. Memberikan Nama Anak

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh. 

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.
Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq. 


6. Melakukan Akikah

Seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: 
“Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.
Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.



7. Khitan / Sunat

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.


InsyaAllah aqiqah dan cukur jambul zulhakimi zaim bulan 11 nanti :)




Mensurvey Stroller Idaman!


Sejak dari dalam perut lagi bila jalan-jalan dekat mall mesti tengok stroller dulu. memang dalam plan jijah dan suami, stroller merupakan keperluan nak beli lepas bersalin.. yelaa harga stroller ni pon boleh tahan mahal juga tuu.   

sekarang ni jijah tak beli lagi stroller, masih dalam mood survey lagi. punya la lambat nak survey kan.. hehehe :) almaklumlah jijah ni kan merantau. serba salah nak beli kat semenanjung atau pun kat sabah.. huuu~~ 

search punya search berkenan dengan brand sweet cherry iaitu SCR.. 


SCR5 cool dan smart kan!


SCR 6.. car seat SCR7 boleh attach sekali..
tapi apa apa jenis SCR memang smart! cuma harga boleh tahan tuu...

brand My DEAR


brand my dear ni boleh tahan sikit harganya yang berpatutan :)


kalau boleh nak stroller yang boleh attach dengan car seat. senang kalau anak tidur angkat bawa ke stroller.. emm tak kisah la jenama apa janji harga mampu milik :)

dan yang mudah untuk travel dan ringan sebab jijah selalu juga balik semenanjung.. so kalau travel sorang-sorang mudah nak angkat stroller tu. dan tak nak jugak yang makan space dalam bonet kereta tu.

cuma sekarang nak tanya siapa yang berpengalaman bawa stroller naik flight air asia?? boleh ke tak eh bawa stroller sampai ke tangga nak naik flight tu.. bukan apa.. hakimi dah makin semangat sekarang.. senang tolak dia pakai stroller dengan barang-barang.. hehehe :) kalau boleh bawa naik flight boleh la jijah beli stroller dari semenanjung bawa ke sabah.. almaklumlah sana kan mahal.. huuu~~


p/s: korang guna stroller jenama apa? huu

*update- zitron sweetcherry yang latest ringan dan kecik ringan nak usung cuma takleh reversible handle.
scr 12 pun ringan



Friday, October 18, 2013

Petua Anak Jadi Pintar



Petua Anak Jadi Pintar

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.


Petua ni jijah akan amalkan untuk hakimi..
InsyaAllah dengan petua ni mudah-mudahan hakimi menjadi anak yang bijaksana, pintar dan cerdik.. Amin ya rob ^___^



Thursday, October 17, 2013

Hakimi Nak Tidur Di Riba Je!!


Lepas je masuk 1bulan.. hakimi dah menunjukkan perangai terbaru.. kalau datang mood dia..dia nak tidur atas pangkuan je. bila letak kat tilam.. menangis! 

neneknya suruh masuk dalam buaian.. tapi jijah dah pesan kat mak tak nak biasakan dia tidur dalam buaian nanti dah terbiasa susah nak pergi mana-mana lebih-lebih lagi nak hantar ke rumah pengasuh nanti.. mane la pengasuh nak enjut setiap masa.. ye dak??

kadang-kadang bila dia nak tidur tu tepuk-tepuk bontot dengan zikir. bila dah tidur baru letak dia atas tilam. tapi tu la tidurnya tak lena, mesti merengek.. ambil letak kat riba senyap terus tido.. bila letak balik kat tilam merengek! stress juga asyik merengek je tak nak tidur atas tilam.. kadang-kadang sampai subuh tak tidoo..

ingat nak beli rocker la.. biar dia tido atas tu.. 




agak-agak berbaloi tak? ke ada jalan penyelesaian lain? help me!!


Tuesday, October 15, 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.

Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :

 syarat-syarat wajib : 

  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  
  2. Like dan Follow Blog Shida : 
  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida
  4. Copy dan paste kod dalam entri korang
  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini


Senarai Hadiah



Monday, October 14, 2013

Esok Hari Raya Haji :)


Yayy!! Esok rayaa haji!! tapi tak best sebab jijah masih dalam pantang!! 
wuaaa tak dapat makan sedap-sedapp! nasib raya puasa dulu dah makan puas-puas.. hahahaha :P

hari ke 33

Alhamdulillah tahun ni di beri rezeki menyambut Aidiladha bersama anakanda tersayang.. 
suami tak dapat balik.. belayar kaoo~

insyaAllah tahun depan 2014 dapat beraya Aidilfitri dan Aidiladha bersama suami dan hakimi ^___^

kepada u alls. Selamat Hari Raya Aidiladha ye :)
berhati-hati di jalan raya..


Sunday, October 13, 2013

DuniaShida.Com Kasi Hakimi Hadiah!


model tetap cik azizah's blog :)


Terima lagi parcel dari poslaju..
kali ni hakimi terima hadiah dari Dunia Sebenar Shida..



auntie shida bagi kimi baju dan stokin..
stokin tu comel-comel kaoo~~ geramm!
untungnya dak kecik ni ramai kasi hadiah.. jeles mama -_-"
tapi baguslah jimat duit mama beli baju hakimi.. kihkihkih :)

nahh gambar hakimi pakai baju n stokin dari auntie


mama cakap tq auntie shidaa! tq so muchh!
muaahhhh dari hakimi.. sayang auntie shida ketat-ketat ^___^



Friday, October 11, 2013

Checkup Sebulan Hakimi


10/10/13 Genap usia hakimi zaim sebulan..
mama dengan nenek bawa hakimi ke klinik untuk checkup sebulan..
kimi kena timbang tanpa pakaian.. nasib hakimi tak nangis..  baik anak mama ni..




berat hakimi pun naik 4.6kg 1bulan
tinggi 55cm
dan juga hakimi kena inject imunisasi hep B dos kedua
macam tahu tahu je nurse pegang jarum dia dah nangis dulu.. hahahaha
mama pegang peha kiri dan tangan hakimi kuat-kuat..
nasib baik nangis kejap plus nak susu sebenarnya.. hehehe

itu cerita hakimi..
tak sangka mama pun kena timbang, cek tekanan darah dan ambil darah dan urin jugak

sebelum pregnant 42.6kg..  39weeks 53.3kg... kenaikkan 10kg!
dan sekarang berat dah normal 45.2kg.. yeyy!!
tekanan darah 100/60
hb 11.5
urin negatif
Alhamdulillah luka pembedahan tu cantik.. perut mama pun dah kempis.. sukaanyaa!!

nurse pun nasihatkan tentang perancang keluarga.. almaklumlah jijah kan bersalin pembedahan.. haruslaa planning kao.. macam-macam kaedah ada tapi jijah pilih pil. harap-harap konsisten makan jangan skip. bahaya oooo...hehehe

so next appoitment 2bulan kena buat pap smear [klik utk baca].. tu yang lemah tu.. tak suka mulut itik tu masuk.. huhuhu tapi takpe demi kesihatan kena la buat... Ingatlah "Mencegah itu lebih baik daripada Mengubati"... hehehe


p/s pergi klinik pakai baju biasa tak nampak macam dalam pantang pun.. 
alahai seronoknya badan kembali asal..hehehe



Thursday, October 10, 2013

Umur Hakimi Sebulan Hari Ni


10 Oktober.. Hari ni.. hari lahir ayahku yang ke 61tahun... Selamat Hari Lahir Tok Ayah!!
Hari ni juga genap sebulan umur hakimi.. Alhamdulillah :) 
rasa macam semalam je lahirkan si kecik ni...
Alhamdulillah hakimi membesar depan mata mama,tok ayah dan nenek dengan sihat. papa jauh di sabah. huuu~

Syukur sepanjang menjaga hakimi, anak ini tak banyak kerenahnya.
macam-macam perangai hakimi..semuanya mencuit hati mama :)
suka sangat mengeliat.. bila mengeliat meringkuk jadi kecik.. comel lak rasa :P
sama juga suka meneran.. meneran daging orang kata nak besar. siap ada bunyi bunyi lagi. kelakar!



paling mencabar kalau malam berjaga.. siang tido je.. nasib la kimi bukan jenis penangis.. dia merengek sebab nak susu, lampin basah tapi paling tak tahan dia tak nak tidoo.. dia ajak main.. mata buntang.. tangan kaki gerak. huhh kalau dia dah berjaga tu subuh baru lelap balik... ngantok mama nak!

jam 3am tak nak tidoo

hakimi ni anak bijak dah pandai menyembang.. macam paham je orang cakap dengan dia.. terkumat kamit mulutnya... hehe pandai senyum pandai gelak gak.. melilau mata tengok orang lalu.. comel betul!

hakimi suka mandi tak kisah air suam mahupun air sejuk dia tak merengek. kalau poo poo tengah pagi basuh kat sinki air paip pon dia tak menangis .. cukup senang.. hehehe

bedung? siang-siang hari kalau panas tak pakai. time dia dah tidur baru pakaikan sebab dia selalu terkejut-kejut. kesian tidur tak lena.. huuu

Buat anakanda kesayangan mama,
Zulhakimi Zaim Bin Zulkhairi Syafiq

seronoknya tengok anak mama ni membesar depan mata mama..
mama sayang hakimi sangat-sangat!
mama doakan hakimi sentiasa sihat, menjadi anak yang baik, bijak seperti namamu, taat serta bertakwa kepada Allah..
mama doakan hakimi berjaya dunia & akhirat.. Amin..

Yang amat menyayangimu,
mama.


p/s: hari ni checkup hakimi sebulan.. mesti hakimi dah 5kg sekarang..
tunggu mama lepas pantang mama bawa hakimi jalan-jalan yer nak??



Wednesday, October 9, 2013

Pati Ikan Haruan.. Pheww~


Dah sebulan bersalin secara pembedahan.. baru makan pati ikan haruan sebab orang kata makan awal sangat tak elok sebab penyembuhan macam mengejut.
nak makan ikan haruan fresh tu susah nak jumpa.. dapat seekor je hari tu.. ayah buat panggang.. ok gak la rasanya bila di panggang :) so buat masa tak jumpa ikan haruan fresh ni terpaksa telan pati ikan haruan.. huuu~~




jijah makan pati ikan haruan jenama MASPATI.. duta Ustazah Siti Nor Bahyah ^___^
tengok warna pati ni.. lalu ke nak minum?? huuu~~
sekali bau.. pehh baunya sungguh tak enak ooo!! tapi demi kesihatan ku gagahi juga -_-"

petua nak elak rasa tak enak tu jijah stimkan dulu.. rasa suam-suam panas tu baru minum then makan bersama beberapa potong buah sunquick.. baru ok sikit! ada member minum sejuk-sejuk pon boleh gak..

bila dah bersalin pembedahan ni kena la usaha makan macam-macam untuk rawat luka dalaman tu. yelah luka menjalani pembedahan ni mengambil masa yang lama untuk sembuh. jadi kena lah beringat-ingat lepas ni jangan angkat benda berat atau lakukan sebarang pekerjaan yang beri tekanan pada perut ni.. huhuhu~~


p/s; dukung hakimi pon da semangat.. tekanan gak tu.. emm


Tuesday, October 8, 2013

Saya Ada Dua Hero :)


Jijah sekarang sudah punyai seorang anak lelaki...
jadi sekarang jijah ada dua hero.. 
Mereka lah insan tersayang dalam hidup jijah..Alhamdulillah... :) 
hero dewasa ni cinta sejati jijah sejak zaman sekolah..




suami hari-hari telefon tanya kimi.. bila dengar suara hakimi nangis..
suami pun nak nangis sekali..
katanya rinduu kat kimi.. 
itulah kasih sayang seorang papa kepada anaknya bila berjauhan..hukhukhuk



dan hero debob ini pelengkap cinta sejati jijah dan suami :)
ini bermakna, hidup jijah semakin kuat. 
Kalau apa pon berlaku pada hari-hari mendatang, jijah tahu yang jijah ada Zulhakimi Zaim untuk sumber kekuatan jijah.. :)

lengkap sudah keluarga kecik jijah dan suami..
syukur Alhamdulillah.. 


p/s: lama lagi nak balik sabah! rindu kat hero dewasa tu.. huuu~~

p/s: merancang pregnant balik lepas 2tahun..huuu lamanya -_-"



Monday, October 7, 2013

Sunday, October 6, 2013

Jeli Gamat Luxor Untuk Bersalin Pembedahan~


Salah satu supplement jijah makan semasa berpantang bersalin secara pembedahan adalah Jeli Gamat Luxor ni.. makcik tukang urut yang syorkan..suami jijah terus cari kat farmasi.. harga RM48 :)



mula-mula makan rasa macam berdenyut-denyut dalam perut. mungkin proses pencantuman isi-isi dalam perut ni akibat pembedahan kan... lama-lama makan dah serasi dah. tapi jeli ni tak leh makan camtu je hanyir.. gamat katakan.. pheww~~ tapi kalau korang boleh tahan ok lah... jijah makan dengan jus buah sunquick. huuu~~

Jeli Gamat ni baik untuk wanita selepas bersalin, membantu menyembuh luka-luka pembedahan dan memulihkan fungsi sistem peranakan sebab ia bertindak menghasilkan sel dalam tubuh yang baru menggantikan sel yang rosak.

banyak juga kelebihan jeli gamat ni macam rawat gastrik, darah tinggi, sakit sendi.. yang penting korang google la sendiri yer.. hehehe

emm.. semuanya untuk kesihatan luaran dan dalaman.. moga sel-sel tisu-tisu dalaman jijah cepat sihat~~


p/s: lagi 19hari nak habis pantang.. huuu~~


Friday, October 4, 2013

Hakimi Tak Suka Bedung...


Macam pocong dah anak aku ni weii~~ ngee :P



Hakimi yang bijak ni satu je perangainya tak suka sangat di bedung! 
mula-mula bedung memang senyap je. tapi sampai masa mood dia bertukar mengamuk! 
habis merah padam muka dia...sebab dia nak keluarkan tangan dia dari bedung tu...




lagipun kimi kuat berpeluh...jijah tak sampai hati nak tengok muka merah padam dia.. kesiann kaoo..huu
buka je bedung terus mengeliat camni.. bebas agaknyaa..

cuma satu jelah kimi mudah tersentak. orang bersin,batuk mahupun kentut sekali pun mudah sangat terperanjat..
terus tidur dia tak lena... 

nak bedung sian berpeluh...
tak bedung kang kengkang kakinya... emm -_-" serba salah mama nakk!!


p/s: hakimi 24hari sudahh~~


Wednesday, October 2, 2013

Saya Dah Pakai Bengkung!


Yeyy! jijah dah pakai bengkung!! 
Dah 22 hari bersalinkan hakimi. Baru jijah gunakan bengkungmoden lepas dua minggu bersalin. Siapa kata bersalin secara pembedahan/ceaserean tak boleh pakai bengkung dalam tempoh berpantang haa?? 

Bengkungmoden ni boleh pakai khas untuk bersalin czer selain membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. serius memang selesa,senang dan mudah di pakai :)

orang bersalin secara pembedahan takut nak pakai bengkung sebab takut bahagian bedah tu kan... tapi dengan bengkungmoden ni paling penting sebagai sokongan dan pelindung tempat pembedahan tu terutama waktu nak menyusukan anak, berdiri lurus,bergerak dan elakkan rasa sakit bila terbatuk atau terbersin..




dan Alhamdulilah sepanjang pakai bengkungmoden ni takde masalah.. memang selesa, mudah bergerak ,tak rasa macam dalam pantang pun dan paling seronok perut rasa semakin kempis.. pheww~~ i likee!! dan boleh pakai even lepas pantang pun sebagai korset.. hehehe :)


p/s: bahagian dalaman tempat jahit pembedahan tu still sakit lagi.. Orang kata ambil masa setahun untuk pulih... yelah isi perut kita di belah-belah kan.. tak boleh la aktif sangat pas ni..sadis -_-"


jijah beli kat http://bengkungmoden.com/



Tuesday, October 1, 2013

Penuh Stretch Marks Lepas Bersalin.. Huhuhu


Masa pregnantkan hakimi dulu jijah perasan takde stretch marks.. rajin juga la sapu bio oil kat perut untuk elakkan jika terjadi stretch mark tu.. 


sumber: google

rupa-rupanya bila lepas bersalin perut dah kempis baru perasan banyak stretch mark! dah la garisan hitam kat tengah tu masih ada.. wuaaa :( hodoh!

bila dah jadi stretch mark ni kena la rajinkan diri pakai balik bio oil.. harap-harap stretch mark ni hilang sikit demi sikit. rindu perut macam sebelum mengandung dulu... hikss :p verangann -_-"



Cashout Nuffnang September


Kejap dah bulan oktober.. 
dan ini bermakna peluang jijah untuk cashout earning nuffnang semalam.. hahaha :)




terpaksa cashout sebab plan nak beli barang keperluan hakimi nanti..
lagipun bulan 11 nak balik Sabah dah...



see tinggal 0 sudah...
ada lagi empat CPUV tengah on going... moga bertahan lebih lama...
boleh kumpul earning bulan 10 pula... ngeee~~